Skip to main content
Spotify for Podcasters
Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul Jamil

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: www.patreon.com/hasrizal
Paypal: paypal.hasrizal.com
Revolut: revolut.me/hasrizal
Available on
Apple Podcasts Logo
Google Podcasts Logo
Overcast Logo
Pocket Casts Logo
RadioPublic Logo
Spotify Logo
Currently playing episode

Perangkap Pakar Jadi Merepek

HasrizalJun 04, 2023

00:00
02:49
Perangkap Pakar Jadi Merepek

Perangkap Pakar Jadi Merepek

Usaha membumikan ilmu adalah kerja murni. Memudahkan untuk orang ramai memahami perkara kompleks.

Tetapi usaha ini berisiko menjerumus pakar ke daerah populis hingga kesarjanaan merosot sedikit demi sedikit beralih daripada seorang pakar, kepada penceramah merepek.

Orang ramai lazimnya teruja dapat memahami perkara hebat. Reaksi mereka lebih bersifat emosional. Kagum, tergamam, dan ramai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

Reaksi emosional itu mempengaruhi emosi penceramah juga.

Ia memberi rasa semangat untuk usaha banyak lagi. Motivasi adalah hubungan emosi seseorang dengan kerja yang dibuatnya.

Kitaran ‘supply and demand’ boleh memerangkap kedua-dua penceramah dan hadirin.

Tidak mengapa beri sedikit, terima sedikit, kekerapan pun kurang, agar antara satu yang diberi dan diterima, ada ruang yang cukup untuk redakan emosi, melanjutkan renungan yang lebih mendalam. Bukannya melompat daripada satu kepada satu, hendak dan hendak lagi, hingga merosakkan kita.

Sains jadi pseudosains.

Sejarah jadi pseudosejarah.

Agama jadi pseudoagama.

Amanah ilmu benda berat.

Takwa kepada Allah swt adalah mekanisme untuk yang mengajar dan yang belajar, sama-sama bermuhasabah.

Jun 04, 202302:49
‘Kesal’ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

‘Kesal’ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

‘𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟’ 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗭𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗘𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛

Saya jarang layan persoalan “kalaulah”, “bagaimana jika diberi peluang berpatah balik” dan yang seumpama dengannya sebab ia tidak akan berlaku, hanya membuang masa meneroka jawapannya.

Kecuali jika jawapan kepada persoalan itu bermanfaat untuk sesuatu yang boleh dilakukan sekarang.

Misalnya, jika saya boleh berpatah balik ke zaman sekolah, antara yang saya kesalkan ialah semasa bersekolah, saya tidak mendapat idea bagaimana sains boleh menolong saya meneroka dan mencari kebenaran. Dapat sedikit semasa belajar biologi kerana cikgu kami, Cikgu Mohd Arip Kasmo memang memberi penekanan. Tetapi ia lebih kepada apa yang kita belajar di dalam biologi, ada di dalam al-Quran, justeru membuktikan kebenaran al-Quran dan kebesaran Allah swt.

Apa yang saya hajatkan adalah bagaimana mengenai fizik dan matematik tambahan. Bagaimana menguasai kemahiran subjek berkenaan boleh menolong saya meneroka theoretical physics dan fizik angkasa yang kompleks. Hari ini, apabila mendengar atau membaca penerangan mengenai hal ehwal ini, saya hanya dapat menghargai hasil akhir. Tidak memahami prosesnya.

Saya mula membaca kembali buku-buku sains yang ditulis untuk kanak-kanak berumur 10 ke 12 tahun, agar saya dapat faham semula betul-betul apa itu sel, atom, molekul, bagaimana photons itu unik, perlahan-lahan. Supaya saya boleh terangkan kenapa kucing kami tak akan boleh menangkap cahaya laser di lantai yang saya gunakan untuk bermain dengannya.

Mungkin sudah terlambat. Saya pun sudah tua. Kekesalan mengenang hal ini saya gunakan untuk membebel dengan anak-anak sahajalah. At least saya dahulu kehilangan peluang belajar sains kerana mahu belajar agama dan bahasa Arab. Kalian, agama pun tak sangat, sains pun tak sangat, ruginya kalau sibuk hal rambut dan kasut sahaja.

Fed up anak-anak dengar orang tuanya membebel macam ini 😆.

Paling utama…

Hendaklah kita beringat dan berhati-hati bahawa Rasulullah ﷺ melarang ungkapan berkalau-kalau sebagai kekesalan kerana ia membuka pintu hasutan syaitan:

وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata "kalau" itu membuka pintu amalan syaitan.” (Hadith riwayat Muslim, no. 22664)



May 22, 202306:55
Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

"Mengapa Kebodohan Masih Membebani Umat Islam?" Muslim umumnya setuju dan menganggap agama mereka, Islam, sebagai agama yang mengutamakan ilmu. Bahkan, majoriti umat Islam mengetahui bahawa ayat pertama yang diwahyukan adalah IQRA, simbol pentingnya ilmu. Seharusnya, dengan menjadi Muslim, masalah ilmu selesai. Namun, mengapa masalah kebodohan masih menjadi isu utama kita? Bahkan di zaman yang sangat mudah untuk tahu seperti hari ini, kejahilan berleluasa sebagai wabak? Dahulu, bentuk kejahilan mudah diatasi. Kebodohan adalah hasil dari ketidaktahuan, dan solusinya sederhana: informasi. Jika kita tidak tahu, kita cari maklumat, lalu menjadi tahu. Namun, sekarang ini, kebodohan telah menjadi beban yang berlapis-lapis. Kita menjadi bingung, tahu sebahagian sebagai serpihan, tahu sedikit tetapi rasa tahu banyak dan bahkan tidak tahu apa yang perlu diketahui. Kita mendakwa sudah memahami IQRA. Namun, apakah mungkin kita sebenarnya belum sepenuhnya memahami? Mungkinkah kita belum faham apa sebenarnya yang Allah swt mahu kita ambil daripada perintah IQRA itu? Jika hanya ilmu agama yang penting, ayat kedua surah al-'Alaq itu sudah menuntut kita memahami berbekalkan ilmu yang hari ini bukan dalam kategori ilmu agama? "Dia menciptakan manusia daripada seketul daging yang tergantung?" Apa implikasinya apabila ilmu matematik dan fizik, disingkir daripada senarai ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi alim? Apa sejarahnya di abad ke-17 Istanbul selepas Balai Cerap Taqi al-Din Muhammad ibn Ma’ruf dirobohkan? Saya ingin menjemput sahabat melabur 12 minit masa anda untuk membincangkan hal yang kritikal ini. Terima kasih.

May 18, 202311:51
Mengapa Saya Berhijrah Episod Akhir: Tragedi 3M Melayu Muslim Malaysia

Mengapa Saya Berhijrah Episod Akhir: Tragedi 3M Melayu Muslim Malaysia

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

May 18, 202342:40
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

Mengapa Saya Berhijrah?

Masih meneroka jawapan kepada pertanyaan ini.

Kali ini, di episod keempat, saya merenung kembali kenangan, impian, dan harapan saya sebagai anak muda ‘haraki’ yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Saya menggerakan definisi diri melalui bai'ah pada tahun 1993.

Saya cuba memahami liku-liku fikrah haraki saya terbentuk, menggunakan kerangka Psychopolitical Analysis model Jungian. Ia digunakan oleh Lawrence Alschuler di dalam kajiannya, “Islamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.” Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Alschuler mengkaji autobiografi bekas aktivis Hizb al-Tahrir, Ed Husain bertajuk The Islamist: Why I Joined Radical Islam in Britain, What I Saw Inside and Why I Left.

Hizb al-Tahrir berbeza dengan gerakan seperti PAS, kerana di zaman Ed Husain, mereka menolak penyertaan Islamis di dalam aktiviti demokrasi. Tidak seperti PAS. Tetapi saya kira proses pembentukan fikrah saya di dalam PAS masih boleh mengguna pakai model Jungian tersebut.

Tahap-tahap seperti naive consciousness, fanaticised consciousness, liberated consciousness, dan lain-lain yang Alschuler terangkan di dalam kajiannya, menjelaskan pola-pola fikiran saya ketika itu.

Di dalam siri ini, saya berusaha menjaga maruah semua yang terlibat, menjauhkan diri daripada menyebut nama, dan sekali lagi mengulang, bahawa saya mengkisahkan semula kenangan itu hari ini hanya untuk mencari ibrah dan kebaikan buat bekalan sisa-sisa kehidupan yang ada.Saya sudah meninggalkan luka dan parut ujian itu di dalam lipatan kenangan silam.

Saya Hasrizal, ana uhibbukum fillah.

May 11, 202329:38
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

Biar pun bersekolah di sekolah yang sama, tinggal di asrama yang sama, saya menempuh alam persekolahan terpisah daripada sahabat-sahabat kerana seawal usia telah masuk ke dalam realiti alternatif pada memprogramkan diri menjadi seorang 'pejuang Islam'.

Istilah yang disebut dengan selesa sebagai 'haraki', 'jundi' atau 'amilin' oleh mereka yang berada di dalamnya, dan dikaji sebagai Islamist di dalam literatur masa kini.Ia menjadikan saya sukar berpatah balik mengenang alam remaja itu disebabkan oleh pelbagai insiden peribadi, masyarakat dan nasional, yang menjadikan agenda 'perjuangan Islam' berubah rentak dan wajah.

Hal ini menjadi topik ketiga pada usaha saya menjawab pertanyaan, "mengapa saya berhijrah?"

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

May 05, 202333:57
Religious, But Divisive?
May 03, 202301:42
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

Primary attachment merujuk kepada hubungan emosi yang kita bina semenjak lahir dengan individu paling rapat (ibu, bapa), untuk berasa aman dan selamat. Seumpama anak kambing, apabila meningkat umur, semakin berani meninggalkan kumpulannya untuk meneroka. Tetapi apabila timbul ancaman, anak kambing itu boleh balik kepada ibunya, memisahkan diri daripada ancaman yang menakutkan itu.


Kehidupan di sekolah berasrama menghilangkan fungsi primary attachment ini. Sebab itu, menghantar anak pada usia kecil (misalnya umur sekolah rendah) untuk bersekolah di asrama, adalah yang paling meninggikan risiko kegagalan primary attachment ini. Apatah lagi budaya masyarakat kita, mengejek dan memandang hina perasaan rindu dan berhajatkan kepada ibu. Kita anggap ia lemah dan memalukan. Lalu, emosi itu dipendam, disembunyikan dan perlahan-lahan, si anak membina usaha bersendirian mempertahankan diri.


Ia turut terjadi di sekolah agama.


Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ menunjukkan pendekatan yang berlawanan dengan itu. Apabila Malik bin al-Huwairith r.a. serta anak-anak muda yang belajar bersamanya dengan Rasulullah ﷺ rindukan keluarga selepas 20 malam berpisah, Rasulullah ﷺ menangguhkan aktiviti pembelajaran, mengiktiraf kerinduan itu, dan menyuruh anak-anak muda itu pulang ke keluarga masing-masing.


Kita mengutip amalan jahiliah yang menyalahi fitrah, menyangkanya sebagai Islamik dan Saintifik.


Lanjutan 5 tahun berada di asrama, terus 11 tahun merantau di luar negara, saya berhasrat untuk menebus kehilangan hubungan dengan ibu dan peluang berbakti kepadanya. Tetapi kehidupan di tanahair tidak berjaya. Saya ralat kerana sentiasa terhalang daripada membahagiakan hati ibu sendiri hingga ibu perlahan-lahan dihinggapi dimentia dan hilang kemesraan dengan saya. Akhirnya saya nekad membawa diri pada tahun 2016 ke Finland.


Apabila mendapat khabar mengejut tentang pemergian ibu secara tiba-tiba, saya rasa seperti layang-layang terputus tali dan hilang ditelan kabus perantauan. Tiada sesiapa di sekeliling saya yang dapat sama-sama bersedih dengan pemergian ibu. Saya menangis sepuas-puasnya di bawah pohon birch di belakang rumah. Ia menutup hati saya untuk kembali ke tanahair kerana saki baki usia yang ada tidak memungkinkan saya untuk memulakan kembali kehidupan di tanahair kerana ibu yang menjadi pengikat hati saya dengan kampung halaman, telah pergi buat selamanya.


Primary Attachment, di dalam tema Boarding School Syndrome, menjelaskan mengapa ex boarders, ramai yang mempunyai karakter diri yang dikagumi sebagai tokoh masyarakat, ahli korporat dan profesional yang berkarisma, tetapi di dalam kehidupan peribadi, individu ini rumit meluahkan perasaan dan mencetuskan rasa terasing pada diri pasangan akibatnya.


Ia boleh diatasi melalui terapi dan kesabaran. Namun ia harus bermula dengan memahami terlebih dahulu mengapa ia berlaku.


John Bowlby sebagai ilmuan yang mengasas dan mengembangkan Attachment Theory itu sendiri, adalah bekas murid sekolah berasrama. Dalam suratnya kepada isteri, beliau berkata, "usahkan anak, anjing aku pun tidak akan aku hantar tinggal dan hidup di sekolah berasrama!"


Sesuatu untuk renungan kita bersama.


Jalan berliku untuk ditempuh di celah kemegahan arus perdana bersekolah di sekolah-sekolah berasrama generasi ke generasi kita.

Apr 30, 202316:28
Mengapa Saya Berhijrah - Episod 1: Boarding School Syndrome
Apr 27, 202321:25
ChatGPT Sebagai Analogi Memahami Qadha’ Dan Qadar

ChatGPT Sebagai Analogi Memahami Qadha’ Dan Qadar

Artificial intelligence seperti Chat GPT mempamerkan kemampuannya belajar, memenuhi permintaan dan menghasilkan keputusan dalam bentuk produk yang cemerlang. Cara ia belajar dan menghasilkan kerja, menjadi renungan kepada saya untuk menjadikannya sebagai analogi untuk membantu kita memahami persoalan Qadha dan Qadar. حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ فَجَرَى بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ ‏"‏ Al-Walid bin Ubadah bin As-Samit berkata beliau mendengar bapanya meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ‘Azza wa Jalla adalah pena (al-Qalam). Maka Allah berkata kepadanya, TULISLAH! Pena bertanya, “wahai Tuhanku apakah yang patut aku tulis? Allah menjawab, “Tuliskan al-Qadar” maka pena terus menerus menulis pada ketika tentang apa yang telah termaktub untuk selama-lamanya” (Jami` at-Tirmidhi 3319)

Apr 15, 202314:26
Islam Hukum Hakam Yang Keciciran Iman

Islam Hukum Hakam Yang Keciciran Iman

𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗞𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗖𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 "Kalaulah ayat-ayat awal yang turun adalah larangan minum arak dan larangan berzina, nescaya orang ramai akan berkata kami tidak akan berhenti minum arak selama-lamanya, dan kami tidak akan meninggalkan zina sama sekali..." itu teguran Umm al-Mu'minin Aishah r.a. kepada lelaki Iraq berkenaan. Beliau gusarkan hal-hal yang bukan keutamaan di dalam Islam. Jika kita maklum betapa pentingnya iman dibina terlebih dahulu agar hukum hakam ada daya melaksanakannya, mengapa perkara ini tidak mempengaruhi pandangan kita terhadap orientasi pendidikan dan keberagamaan kita hari ini? Andai Islam diperkenalkan sebagai do's and don'ts, kemudian akidah pula menjadi maklumat kering sebagai factual knowledge yang tidak menjawab cabaran semasa yang kita hadapi, kita boleh berdebat dan berbalah tentang hal-hal agama tanpa kesudahan. Sangka kita, semangat dan kesibukan itu adalah usaha agama, tetapi kita hanyut dalam senario keberagamaan yang kehilangan Tuhan. يُوسُفُ بْنُ مَاهَكَ، قَالَ إِنِّي عِنْدَ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ـ رضى الله عنها ـ إِذْ جَاءَهَا عِرَاقِيٌّ فَقَالَ أَىُّ الْكَفَنِ خَيْرٌ قَالَتْ وَيْحَكَ وَمَا يَضُرُّكَ قَالَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَرِينِي مُصْحَفَكِ. قَالَتْ لِمَ قَالَ لَعَلِّي أُوَلِّفُ الْقُرْآنَ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُقْرَأُ غَيْرَ مُؤَلَّفٍ. قَالَتْ وَمَا يَضُرُّكَ أَيَّهُ قَرَأْتَ قَبْلُ، إِنَّمَا نَزَلَ أَوَّلَ مَا نَزَلَ مِنْهُ سُورَةٌ مِنَ الْمُفَصَّلِ فِيهَا ذِكْرُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ حَتَّى إِذَا ثَابَ النَّاسُ إِلَى الإِسْلاَمِ نَزَلَ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ، وَلَوْ نَزَلَ أَوَّلَ شَىْءٍ لاَ تَشْرَبُوا الْخَمْرَ. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الْخَمْرَ أَبَدًا. وَلَوْ نَزَلَ. لاَ تَزْنُوا. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الزِّنَا أَبَدًا. لَقَدْ نَزَلَ بِمَكَّةَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَإِنِّي لَجَارِيَةٌ أَلْعَبُ {بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ} وَمَا نَزَلَتْ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَالنِّسَاءِ إِلاَّ وَأَنَا عِنْدَهُ. قَالَ فَأَخْرَجَتْ لَهُ الْمُصْحَفَ فَأَمْلَتْ عَلَيْهِ آىَ السُّوَرِ https://sunnah.com/bukhari:4993 Buku Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf diterbitkan oleh Abideen Books mengulas perkara ini. Dapatkan di https://ibrah.hasrizal.com

Apr 13, 202311:05
Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

Uzlah: Apabila Penjara Memberi Kebebasan

Memetik kisah yang saya muatkan di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu (https://jt.hasrizal.com), pengalaman berada dua malam di dalam tahanan sebuah penjara di Scotland memberi pelajaran berharga buat diri ini. Saya belajar tentang keberkatan masa selepas lazim mengeluh tidak cukup masa, menggunakan malam yang sangat panjang itu membaca al-Quran tanpa gangguan sepuas-puasnya. 


Berada di dalam tahanan itu juga menyedarkan saya tentang keluarga. Sama ada keluarga menjadi sumber kekuatan utama kita, atau boleh menjadi titik kelemahan diri paling berbahaya. Andai keluarga bersama dengan apa yang kita perjuangkan, beruntunglah dengan kurniaan itu. Andai mereka menentang atau merayu sesuatu yang berlawanan, ia penuh risiko dan menguji.


Penjara juga menjadi tempat lahirnya begitu banyak kebaikan seperti kitab-kitab tafsir karangan ilmuan, semasa mereka merengkuk di dalam tahanan.


Kita tidak memerlukan penjara dan janganlah ada yang bercita-cita menempuhnya. Tetapi kita boleh melakukan uzlah, malah perlu melakukannya.


Bukan uzlah secara fizikal. Tetapi uzlah fikiran dan perasaan, melepaskan diri daripada kesibukan kehidupan dunia hari ini yang bising dan penuh perkara sia-sia. Saya ambil sedikit peluang mengulas hal ini di dalam buku terbaharu 2023 ini iaitu Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf (https://ibrah.hasrizal.com).


Kita belajar daripada doa Ashab al-Kahf seperti yang terakam di dalam ayat ke-10 surah berkenaan:


 رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا 


"Ya Allah kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu, RAHMAT, dan luruskan urusan-urusan kehidupan kami"


Adakalanya kita menjadi begitu materialistik semasa berdoa. Meminta daripada Allah kejayaan peperiksaan, kemewahan hidup, kemurahan rezeki. Ia tidak salah. Cuma, ada masanya kita perlu meminta daripada Allah swt bukan apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu.


Kita boleh jadi tidak tahu apa sebenarnya yang kita perlu dalam hidup ini. Justeru, keperluan paling utama adalah RAHMAT-NYA. Dengan rahmat itu, sempit boleh menjadi lapang, kurang boleh menjadi cukup, miskin tidak sinonim dengan derita, kaya tidak semestinya sombong dan derhaka.


Gunakanlah Ramadan ini untuk kita lakukan uzlah. Merenung kembali persoalan daripada masa asalnya kita, mengapa kita berada di sini, pada usia yang berbaki apa yang kita mahu lakukan, demi menjawab persoalan yang paling besar: ke manakah kita akan pergi selepas ini.


Hasrizal

Naas, IE

https://rizal.ie


📌


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.


Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Apr 04, 202306:05
Emotional Security: Gurauan Jadi Selamat Antara Kawan

Emotional Security: Gurauan Jadi Selamat Antara Kawan

‘Emotional security’ menjadikan gurauan selamat sesama sahabat walaupun isinya agak KBAT dan boleh kedengaran ‘kasar’ andai kehilangan konteks.

Apr 03, 202302:36
The Pedagogy of Ramadan
Apr 01, 202305:04
Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 Kita hari ini dikelilingi 'kesempurnaan' dalam beragama, sehingga ketidaksempurnaan tidak mempunyai ruang untuk dibincangkan mengenainya. Agama kita beransur-ansur menjadi tidak manusiawi dan ia memudahkan merebaknya kemunafikan dan penyakit jiwa kesan saling menghentam ketidaksempurnaan itu. Sedangkan kita semua manusia. Seorang anak muda dari Kufah mempersoalkan 'standard' para sahabat yang Huzaifah bin al-Yaman r.a. ungkap tanpa 'wow factor'. "Kalaulah kami berada di tempat kamu, berpeluang berjumpa Nabi ﷺ , nescaya kami tidak akan biarkan baginda berjalan di tanah (mengotorkan kakinya yang mulia). Kami akan junjung baginda di leher kami!"

Huzaifah r.a. menyantuni semangat anak muda ini dan membuka kisah yang terjadi di dalam perang Khandaq (tonton video ini untuk perincian dan terjemahannya). Para sahabat tidak ada seorang pun yang bangun menyahut tawaran Syurga, tawaran keselamatan, tawaran menjadi sahabat akrab Nabi ﷺ di Syurga, dek sebab-sebab yang sangat manusiawi. Sehinggalah baginda secara spesifik menyebut nama Huzaifah, lantas beliau tiada pilihan kecuali bangun dan menunaikan perintah berkenaan. Perasaan adalah sebahagian kemanusiaan kita. Al-Quran, al-Sunnah dan Sirah kaya dengan panduan Allah swt untuk kita uruskan kemanusiaan ini. Agama bukan mengikut perasaan, tetapi agama juga tidak menganiaya dan mengkesampingkan perasaan. Dunia ini tidak pernah bermaksud menjadi daerah kegembiraan tanpa kedukaan, kebahagiaan tanpa penderitaan. Daerah yang sempurna hanyalah Dar al-Salam (surah Yunus : 25), yang harus menjadikan kita kekal berada di jalan menujunya, baik jalan advance, jalan intermediate, mahu pun jalan amatur yang penuh kekurangan.

#pedagogiramadan

https://pedagogiramadan.hasrizal.com


Mar 30, 202314:23
Tabung Kebajikan dan Dana Pendidikan Khalifah Model School

Tabung Kebajikan dan Dana Pendidikan Khalifah Model School

Wakaf ini bernilai: RM150/lot 1 kaki persegi Sasaran kutipan: 6600 lot per unit bangunan, berjumlah 19800 lot dan RM 2,970,000.00 untuk 3 unit bangunan (maaf, saya tersilap menyebut dua unit di dalam video). Sama-sama kita gandakan pahala di bulan Ramadan dengan menyumbang melalui pembelian lot wakaf ini, juga sebagai sumber pahala berterusan, bekalan di akhirat nanti. Salurkan wakaf kalian secara online melalui: https://kmss.edu.my/wakaf

https://kmss.edu.my/wakaf Baca latar belakang projek di sini: https://www.facebook.com/108268732585047/posts/6002285383183323/?app=fbl Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: Ustaz Qayyum: 019-2281931 Puan Hanisah: 010-3213901 Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah rahmati dan lapangkan rezeki kalian. وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ (١٩٥) Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah 2:195) #tabungkebajikan

#wakafpendidikan

#kmssedumy

#shapingexcellentcharacter

#wakafpendidikankmss

#wakaf

#ramadan

Mar 27, 202307:10
Meneroka Punca Muslim Berpuasa Tetapi Tidak Solat

Meneroka Punca Muslim Berpuasa Tetapi Tidak Solat

PEDAGOGIRAMADAN.HASRIZAL.COM
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁?
Jawapan terbaik sudah tentu ada pada kesudian individu berkeadaan seperti ini berkongsi fikiran dan perasaan mereka. Kita ingin memahami, agar dengannya kita boleh memikirkan penambahbaikan pada urusan pendidikan agama, baik formal mahu pun tidak formal; keibubapaan.
GANJARAN: Puasa hadir dengan ganjaran segera dan menarik. Pujian, hidangan berbuka puasa, duit raya. Berbeza dengan solat. Sudah tentu tidak munasabah solat diberi ganjaran seperti puasa kerana kita solat lima kali sehari sepanjang tahun. Tetapi ganjaran tidak semestinya dengan wang atau hadiah. Senyuman dan pujian juga sudah mengaktifkan sistem ganjaran di otak, mempengaruhi bermakna atau tidak bermaknanya sesuatu yang seorang anak lakukan.
SOSIAL: Puasa tiba sebulan sekali. Ia memecah rutin. Tiba-tiba sekeluarga bangun awal pagi makan bersama, berbuka puasa, masjid meriah, sibuk bersiap untuk menyambut raya, dan sebagainya. Semua ini menjadikan pengalaman berpuasa 'memorable'. Ia tidak jelas terjadi di dalam rutin solat. Hal ini boleh mendorong puasa masuk ke daerah kabur antara ibadat dan adat. Sedangkan solat, terutamanya di luar 'controlled environment' seperti sekolah, asrama, keluarga Islamik dan sebagainya, solat itu tidak ada banyak sebab untuk seseorang memilih mendirikannya, kecuali sesuatu sedang terjadi di dalam kepercayaannya.
Juga, puasa kurang mengundang risiko sosial. Ia ibadah yang tidak kelihatan. Tetapi solat menjadi satu pengisytiharan. Seseorang itu perlu melakukan konfrontasi terhadap persekitarannya jika hendak bersolat, andai persekitarannya itu bukan mesra solat.
Oleh kerana solat dan puasa itu demikian bentuknya, puasa itu terkandung padanya mekanisme untuk mencegah ia daripada menjadi adat.
Semasa Allah swt wajibkan ia melalui wahyu surah al-Baqarah ayat 183, Allah swt memanggil kita dengan panggilan "wahai orang-orang yang beriman" agar kita berpuasa kerana iman. Di dalam sepotong hadith Qudsi juga, Nabi ﷺ menceritakan bahawa Allah swt menerangkan puasa itu adalah khusus untuk-Nya, maka Dialah yang secara eksklusif menentukan ganjarannya.
Malah, apabila surah al-Baqarah ayat 183 itu turut menyebut "sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu", apakah dimensi yang harus kita terokai? Apa yang terjadi kepada puasa umat terdahulu hingga ia disebut ketika pensyariatan puasa itu diperbaharui di era Nabi Muhammad ﷺ ?
Moga hal ini boleh kita renungkan bersama, agar kita boleh melakukan penambahbaikan dalam didikan agama di rumah, sekolah dan masyarakat seluruhnya.
Ekoran itu juga, jika kita melihat senario umat Islam berpuasa tetapi tidak solat, kita juga ingin meninjau senario umat Islam bersolat tetapi melakukan kemungkaran. Ia juga masalah dan dimanakah silapnya?
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Mar 24, 202308:28
Pendidikan Inklusif: Isu dan Kesedaran, Antara Malaysia, Finland dan Ireland
Mar 16, 202301:56:02
Mencari Makna Ramadan Yang Hilang

Mencari Makna Ramadan Yang Hilang

7:08 HUBUNGAN: Mengapa hubungan kita dengan Ramadan tidak 'natural'?  

11:06 OVERDO: Kita boleh gagal memperolehi hasil, apabila kita 'berlebih-lebihan secara salah' dalam usaha. Bagaimanakah Ramadan diperkenalkan kepada anak?  

14:35 MEMORI negatif zaman kanak-kanak semasa belajar berpuasa.  

16:31 PERMULAAN: Kewajipan puasa Ramadan bermula selepas lebih 13 tahun usaha intensif membentuk akidah generasi sahabat.   

17:56 IMBANG: Hilang keseimbangan dalam membina keberagamaan antara keimanan dan hukum hakam.  

20:00 AKIDAH Pentingnya akidah pula, diterjemahkan secara tidak tepat dengan melihatnya sebagai keperluan membanyakkan fakta semata-mata.  

21:09 SOSIOLOGI: Finland kecilkan jurang antara rumah dan sekolah untuk hapuskan 'the unnatural kid' yang belajar hanya apabila berada di sekolah. Bagaimana jurang antara Ramadan kita dan bulan-bulan lain? Lebih besar jurang, lebih 'unnatural' perubahan kita di bulan Ramadan tersebut.  

28:43 HILANG MAKNA: Ingin mendekati agama, tetapi dengan ketiadaan makna ke atas jiwa. Bagaimana?  

30:40 ILMU: Asas yang tetap sama. Kesedaran hanya spark plug yang memerlukan bahan bakar untuk terus menyala dan menggerakkan enjin.  

35:08 NIAT: Apa signifikannya 'lillahi Ta'ala' di dalam niat kita beribadah?  

37:58 AKIDAH & ANAK: Adakah 'meaningful' kanak-kanak usia 7 tahun belajar fakta-fakta standard akidah kita?  

39:55 IMAGINASI: Dialog Rasulullah ﷺ dengan Aishah r.a. mengenai imaginasi kuda Nabi Sulaiman a.s. bersayap dua. Bagaimana?  

44:06 BINARI: Pendekatan kita dalam mendidik kanak-kanak terlebih memberi berat ke atas betul vs salah, hingga 'correcting' lebih banyak berbanding 'connecting'.  

48:08 MINORITI vs MAJORITI: Mengamalkan Islam sebagai muslim minoriti di negara bukan Islam, konteksnya lebih mirip kepada pengalaman generasi sahabat yang bercampur aduk antara Muslim dan non Muslim, sebelum era formaliti, struktur, institusi dan controlled environment.  

53:25 EROPAH: Anak-anak terjejas pengamalan dan penampilan sebagai Muslim, tetapi akidah secara sengaja atau tidak sengaja menjadi lebih terang kerana desakan survival sebagai minoriti yang masih mengamalkan Islam.  

1:00:00 TAKWA: Challenge vs response: takwa sebagai alat navigasi zaman senang dan susah, majoriti dan minoriti.  

1:05:07 ISLAH & TAJDID: Kitaran islah dan tajdid sepanjang zaman kerana meneroka dinamika konteks satu zaman ke satu zaman.   

Semoga bermanfaat.  

Perbincangan mengenai cabaran-cabaran manusia sebagai penghasil makna (meaning makers) pada mengertikan makna Ramadan.  

Di manakah silapnya sehingga perubahan-perubahan yang berlaku di bulan Ramadan, sukar dibawa ke bulan-bulan seterusnya?  

Perbincangan juga bertujuan mempromosi program Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan pada 18 Mac 2023 akan datang. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com   

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal 

Paypal: https://paypal.hasrizal.com 

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Mar 14, 202301:14:15
Bagaimana Saya Boleh Sembuh Dengan Ramadan?

Bagaimana Saya Boleh Sembuh Dengan Ramadan?

Kita berusaha mencari titik seimbang antara berempati dengan cabaran hidup yang dihadapi, kesakitan yang dialami, dengan keengganan memilih jalan-jalan kesembuhan yang ada. Antaranya, kita menghabiskan masa mencari teman yang memahami atau senasib, untuk saling co-ruminating, mengheret sesama sahabat karib ke daerah emosi yang lebih gelap, menjauhi solusi dan kesembuhan. Akhirnya, kita berisiko mensesiakan peluang sembuh kerana memilih jalan kesembuhan yang kita mahu, bukan yang kita perlu.

Petikan IG Live hari ini, berkongsi beberapa pandangan sebagai persiapan menyambut Ramadan. Juga mengajak sahabat menyertai program penuh anjuran Iman Publication, Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan. Program bakal berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar pada 18 Mac 2023 dan juga melalui livestreaming menggunakan Zoom. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com 🥰

Mar 09, 202309:40
Kafkaesque: Serabutnya Birokrasi Sistem Pendidikan Kita

Kafkaesque: Serabutnya Birokrasi Sistem Pendidikan Kita

Semasa membaca cerpen Franz Kafka bertajuk "POSEIDON", saya terkenangkan masalah sistem pendidikan kita dan taufan birokrasinya.  

Poseidon di dalam Greek Mythology adalah Tuhan Laut.   

Di dalam cerpen Franz Kafka, Poseidon berdepan senario pelik. Beliau terbelenggu dengan laporan-laporan mengenai laut di bawah jagaannya. Ia menjadi sindirian Franz Kafka terhadap kegilaan urus tadbir zaman 'moden (Kafka meninggal dunia tahun 1924) hingga 'tuhan' pun tidak sanggup menanggungnya. Ironi sekali, birokrasi itu dicipta sendiri, kemudian menjadi beban ke atas diri, dan diri menjadi hamba kepada birokrasi berkenaan.  Sibuk meneliti data-data di dalam laporannya, Poseidon tidak sempat melawat laut jagaannya. Jupiter yang jauh dia sampai. Laut di mana dia berada, atau sepatutnya berada, ditangguhkan lawatan meninjau akar umbi hingga ke akhir zaman, kalau-kalau masih sempat selepas laporan terakhir selesai diaudit.  

Ironi, kan?  

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal  Paypal: https://paypal.hasrizal.com  Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Feb 28, 202311:23
Israk Mikraj: Berimankah Kita Jika Mendengar Sendiri Kisah Ini di Mekah?

Israk Mikraj: Berimankah Kita Jika Mendengar Sendiri Kisah Ini di Mekah?

Baru-baru ini saya mengisi undangan PPIMI menyampaikan ceramah Israk Mikraj di Malaysia Hall Dublin. 

Di dalam ceramah, saya mukadimahkan ia dengan persoalan bagaimana ilmuan silam berdepan cabaran mendokumentasikan riwayat-riwayat mengenai peristiwa besar ini. Ia untuk meningkatkan kesedaran kita semua agar peka dengan asas kita mengimani Islam. Saya bimbang apabila generasi hari ini kurang membaca, atau hanya membaca apa yang masing-masing MAHU dan bukannya apa yang kita PERLU, apatah lagi kita tidak tahu apa yang kita perlu, kita terdedah kepada keraguan-keraguan besar terhadap asas agama sendiri.  

Jika kita berada di Mekah dan mendengar sendiri Nabi Muhammad ﷺ  menceritakan kisah ini, adakah kita akan membenarkan kisah itu seperti yang Abu Bakr r.a. lakukan, atau kita menjadi kufur meninggalkan baginda? Nauzubillah.  

Di era kita belajar ilmu secara patchy seperti hari ini, kita kehilangan struktur ilmu. 

Tiba-tiba bertemu soalan sebesar adakah al-Quran yang dibaca hari ini berasaskan teks dan naskhah yang verified secara saintifik seperti yang sejarawan Revisionist timbulkan. 

Penatkanlah diri dengan ilmu, agar kita damai mengimani Allah di era fitnah akhir zaman ini.  

Di peringkat peribadi, semasa membuat persediaan ceramah, kali ini saya banyak memberi tumpuan membaca riwayat-riwayat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim tentang MIKRAJ. Perasaan jadi sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sebab menelusi kisah MIKRAJ ini, kemanisan dunia hilang dan timbul rasa rindu yang bersangatan kepada Syurga.  Mungkin saki baki umur di dunia sudah tidak banyak.  Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan himpunkan kita di Syurga-nya yang bak dataran tanpa pohon, lalu zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah dan Allahu Akbar kita, menumbuhkan pohon-pohon rendangnya, sebagaimana yang Nabi Ibrahim a.s. minta Nabi Muhammad ﷺ  sampaikan kepada kita.  

Amin.  

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Feb 25, 202310:32
Mengapa "Jangan Fikir" Lebih Susah Berbanding Dengan "Fikirkan"?
Feb 05, 202316:25
Cabaran Mendapatkan Tidur Yang Baik Tetapi Ada ADHD

Cabaran Mendapatkan Tidur Yang Baik Tetapi Ada ADHD

Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak. Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer.  

Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur.  

Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap malam, cahaya matahari dan kandungannya, semuanya saling bekerjasama untuk benar-benar menjadikan tidur itu penting.  

Anak-anak yang patuh dan tidur pada masa yang sepatutnya, terselamat daripada banyak masalah. Anak-anak yang melawan dan sentiasa mencari jalan untuk melanggar usaha ini terheret ke dalam pelbagai masalah.  

Individu ADHD pula berdepan dengan cabaran tambahan untuk meregulasi tidur.  

Semasa belum mendapat diagnosis, saya tidur dalam keadaan yang rumit di Finland. Pernah di satu subuh, apabila saya bangun tidur, saya dapati gigi geraham saya patah dua dan tergolek keluar dari mulut kerana saya tidur dalam keadaan geraham yang mengetat.  

Selepas menggunakan mesin CPAP, masalah obstructive sleep apnea (OSA) saya terurus. 

Bakinya, adalah isu ADHD.  

Selepas menerima diagnosis dan memulakan pengambilan stimulant, saya mudah sedikit untuk lelap. Tetapi stimulant saya mempunyai kesan-kesan yang berbeza. 

Kini, apabila saya mengambil Tyvense pada jam 8 pagi, saya dapat berfungsi dengan baik di siang hari, mula mengantuk pada jam 9 malam. Tetapi pukul berapa pun saya tidur, saya akan terjaga pada jam 4 pagi. Kadang-kadang berjaya sambung tidur semula, kadang-kadang terjaga sehingga subuh.  Masih mencari jalan untuk mengatur tidur yang baik. 

Aplikasi Pillow di iPhone dan Apple Watch membantu saya memantaunya. Data dari mesin CPAP baharu juga menyumbang.  

Di hujung buku Sleep and ADHD oleh Hiscock, Harriet; Sciberras, Emma ini, penulis merumuskan perkara berikut:  

“Children with clinical-level ADHD are at increased risk of a broad range of negative outcomes in adolescence and adult life (Mannuzza & Klein, 2000).   These include academic underachievement and school dropout (Barbaresi, Katusic, Colligan, Weaver, & Jacobsen, 2007), depression and suicidal behaviour (Chronis-Tuscano et al., 2010), smoking, and substance abuse disorders (Nigg, 2013), antisocial personality disorder (Mannuzza et al., 1993), obesity (Cortese & Tessari, 2017), early parenthood (Østergaard, Dalsgaard, Faraone, Munk-Olsen, & Laursen, 2017) and poorer occupational functioning (de Graaf, Kessler, & Fayyad, 2008).   It is important, however, to remember that individuals with ADHD often thrive and can lead highly successful lives, particularly with good support from their families and friends and professional assistance.”   

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon:
https://www.patreon.com/hasrizal  Paypal: https://paypal.hasrizal.com  Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Feb 03, 202305:37
Mudah Marah Maknanya Ada ADHD?

Mudah Marah Maknanya Ada ADHD?

Adakah mudah marah bermaksud seseorang itu ada ADHD?  Pertanyaan ini diajukan oleh seorang sahabat kepada Dr Nurul Athira di Tiktok, dan saya diajak berkongsi pandangan sebagai seorang individu ADHD dewasa mengenainya.  

Saya bukan doktor perubatan, atau neurosaintis, malah bukan datang daripada latar belakang pendidikan di bidang sains. Justeru, pandangan saya ini bukan pandangan pakar. Ia hanya pandangan seorang individu ADHD yang belajar untuk memahami apa yang berlaku kepada dirinya sendiri. Saya terbuka kepada pembetulan dan teguran.   

Cuma tegurlah secara berempati dan sopan, jangan bagi saya jadi hijau ye 🧌.  Di manakah marah itu semasa ia berlaku di dalam diri seseorang?  

Ia amat kompleks. Umumnya, marah itu tertumpu di amygdala yang merupakan sebahagian daripada lymbic system otak kita. Ia memproses rasa takut, cetusan kemarahan dan merangsang kita bertindak.  

Manakala individu ADHD, kebanyakan mereka mempunyai gangguan fungsi eksekutif dan ia berada di bahagian lain di otak iaitu pada pre frontal cortex mereka. Pre frontal cortex itu menjalankan fungsi-fungsi eksekutif, termasuk 'bercakap kepada diri sendiri' untuk menasihatkan emosi itu tadi agar kita tidak terdorong mengikutnya hingga menimbulkan kesan tidak baik.  

Sebelum adanya kefahaman moden mengenai hal ini, apa yang diajukan oleh Nabi Muhammad ﷺ mengenai pengurusan marah sudah pun selari dengan dapatan saintifik masa kini mengenai marah. Semasa kita berpuasa, apabila kita menerima provokasi hingga mencetuskan marah, baginda berpesan agar jangan bertindak mengikut kemarahan tersebut. Sebaliknya, cukuplah dengan berkata, "sesungguhnya aku berpuasa."

Kata-kata "sesungguhnya aku berpuasa" itu tidak semestinya ungkapan yang kita ajukan kepada orang yang mencabar diri itu. Ia juga adalah kata-kata yang berkesan apabila kita ajukan ia kepada diri kita sendiri secara 'self talk'.  

Apabila pre frontal cortex individu ADHD mengalami defisit, keupayaan ia menasihatkan jirannya yang sedang berperasaan itu, terjejas.  

Justeru, apabila seseorang itu mengalami rasa marah yang bersangatan, menjejaskan kualiti hidup, mendatangkan pelbagai masalah dan mengheret kepada kegelisahan yang kronik atau kemurungan, dapatkanlah bantuan pakar untuk melakukan analisis. 

Kepakaran mereka diperlukan untuk menentukan apakah punca marah itu, baik punca dalaman mahu pun punca luaran.  

Individu ADHD lazim berdepan dengan kesukaran meregulasi emosi marahnya, baik di rumah, di tempat kerja, atau semasa bersosial. Kesukaran itu juga berlarutan semenjak zaman kanak-kanak, sehingga dewasa, sepanjang hayatnya.  

Mudah marah tidak semestinya ada ADHD.  

Ada ADHD, mudah marah mungkin sebahagian daripada cabaran yang dihadapinya.  

Semoga perkongsian sederhana ini bermanfaat untuk kita bersama.  

Salam ukhuwwah.  

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland  

ADHD.SAIFULISLAM.COM

Feb 02, 202305:38
Moral, Sains, dan Agama: Kali Pertama Pulang ke Malaysia Bersama ADHD

Moral, Sains, dan Agama: Kali Pertama Pulang ke Malaysia Bersama ADHD

Mengenang diskusi-diskusi mengenai ADHD semasa pulang ke Malaysia Disember 2022 yang lalu.

Jan 26, 202319:37
Jangan Jadikan Kebahagiaan Sebagai Matlamat Akhir Yang Dikejar

Jangan Jadikan Kebahagiaan Sebagai Matlamat Akhir Yang Dikejar

Jangan jadikan kebahagiaan sebagai matlamat akhir yang dikejar.  Kebahagiaan akan hadir hasil kita melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan. Melaksanakannya dengan benar dan sesungguhnya.  

Andai hati rasa gelisah, ambil ia sebagai 'alarm' memanggil kita pulang ke 'asal'.  

Asal diri yang dekat dengan-Nya.  

📌  

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Jan 19, 202310:36
Mengapa Silibus Berat di Awal Persekolahan Berbahaya Kepada Anak Kita?

Mengapa Silibus Berat di Awal Persekolahan Berbahaya Kepada Anak Kita?

Mengapa ajar benda-benda berat kepada kanak-kanak di awal persekolahan mereka itu adalah berbahaya dan salah?

Kalau tidak mahu dengar pendapat saya, atau kajian-kajian penyelidik 'barat', bukalah hati dan minda untuk dengar teguran Ibn Khaldun yang bercakap dari abad ke-15 (meninggal dunia pada tahun 1406).

Kurikulum berat inilah yang membunuh motivasi belajar, merosakkan fitrah anak-anak dan warga pendidik pula menyangka ia maju. Murid-murid pula malangnya, sangka mereka tidak cukup pandai.

Insaflah!

Ubahlah!

📌

Teks Ibn Khaldun (maaf ada beberapa kesilapan saya baca baris semasa membaca teks ini)

وقد شاهدنا كثيراً من المعلمين لهذا العهد الذي أدركنا يجهلون طرق التعليم وإفاداته، ويحضرون للمتعلم في أول تعليمه المسائل المقفلة من العلم، ويطالبونه بإحضار ذهنه في حلها، ويحسبون ذلك مرانا على التعليم وصواباً فيه، ويكلفونه رعي ذلك وتحصيله، فيخلطون عليه بما يلقون له من غايات الفنون في مبادئها، وقبل أن يستعد لفهمها؛ فإن قبول العلم والاستعدادات لفهمه تنشأ تدريجاً. ويكون المتعلم أول الأمر عاجزاً عن الفهم بالجملة، إلا في الأقل وعلى سبيل التقريب والإجمال وبالأمثال الحسية. ثم لا يزال الاستعداد فيه يتدرج قليلاً قليلاً، بمخالطة مسائل ذلك الفن وتكرارها عليه، والانتقال فيها من التقريب الى الاستيعاب الذي فوقه، حتى تتم الملكة في الاستعداد؛ ثم في التحصيل ويحيط هو بمسائل الفن. وإذا ألقيت عليه الغايات في البدايات وهو حينئذ عاجز عن الفهم والوعي وبعيد عن الاستعداد له كل ذهنه عنها، وحسب ذلك من صعوبة العلم في نفسه، فتكاسل عنه وانحرف عن قبوله وتمادى في هجرانه. وإنما أتى ذلك من سوء التعليم.
Jan 14, 202314:45
Kaedah Mengurangkan 'Campurtangan' Kerajaan di Sekolah
Dec 03, 202205:04
Kehilangan al-Mizan: Pembela Jadi Penganiaya.

Kehilangan al-Mizan: Pembela Jadi Penganiaya.

Kita sukar mengikat apa-apa tindakan baik atau buruk kepada aliran, kelompok atau kaum tertentu. Sejarah memperlihatkan bagaimana sikap buruk boleh berpindah randah dari satu ideologi ke ideologi yang lain, dari satu paradigma yang asalnya bertujuan membela, bertukar menjadi paradigma yang hilang arah dan bertukar jadi penganiaya. Sebabnya, sama ada konservatif atau liberal, progresif atau tradisional, manusia adalah manusia.

Apabila Allah menyebut kita sebagai umat terbaik, sifat yang menjadi asasnya adalah WASATIAH.

Wasatiah bukan berdiri di atas pagar, duduk tengah-tengah tidak berpihak. Wasatiah, jika maksud literalnya merujuk kepada berada di tengah, tujuan berada di tengah itu adalah untuk mencari titik tepat yang menghasilkan keseimbangan.

SEIMBANG itulah intipati wasatiah.

Semasa menolak, jangan menolak sepenuhnya. Semasa menerima, jangan menelan hingga tidak tersisa.

Al-Mizan, Allah cipta ia untuk seimbangkan alam, dan mengharmonikan kehidupan. 

Sebelum al-Mizan muncul dalam timbangan muamalat, ekonomi, politik dan hal-hal besar kehidupan, mulakan al-mizan dalam akal yang berbudi, dan jiwa yang luhur ikhlas sebagai abdi kepada Ilahi.

Dec 02, 202213:11
Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Terhadap Khadijah r.a.

Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Terhadap Khadijah r.a.

Aishah r.a bercerita:

  -عن عائشة أم المؤمنين: أنّ رسولَ اللهِ ﷺ كان يُكثِرُ ذِكْرَ خديجةَ فقلْتُ ما أكثرَ ما تُكثِرُ مِن ذِكرِ خديجةَ وقد أخلَف اللهُ تعالى لك مِن عجوزٍ حمراءِ الشِّدْقَين وقد هلَكَتْ في دَهْرٍ فغضِب رسولُ اللهِ ﷺ غَضَبًا ما رأيْتُه غضِب مِثلَه قطُّ وقال إنّ اللهَ رزَقها منِّي ما لم يَرْزُقْ أحَدًا منكُنَّ قلْتُ يا رسولَ اللهِ اعفُ عنِّي واللهِ لا تسمَعُني أذكُرُ خديجةَ بعدَ هذا اليومِ بشيءٍ تكرَهُه   

Aishah Ummu al-Mu'minin r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah ﷺ sering menyebut-nyebut nama Khadijah. Lantas aku berkata, "mengapakah engkau banyak sungguh menyebut nama Khadijah, sedangkan Allah sudah pun menggantikan untukmu perempuan tua bergusi merah yang sudah pun mati?" Rasulullah ﷺ menjadi sangat marah dengan kemarahan yang aku tidak pernah lihat seumpamanya sebelum-sebelum ini. Baginda kemudiannya berkata, "sesungguhnya Allah telah merezekikan daku dengannya apa yang Allah tidak rezekikan kepada sesiapa jua dari kalangan kamu!" Kemudian aku berkata, "wahai Rasulullah, maafkan aku. Demi Allah aku tidak akan lagi mendengar aku setiap kali menyebut mengenai Khadijah selepas hari ini dengan apa-apa yang engkau tidak suka. [ِAl-Haithami 92/227] 

Islam sangat jelas menekankan bahawa berhati-hati dalam berkata-kata. 

Words matter.  

Letih, marah, kecewa, PMS, walaupun normal untuk menjadi latar belakang isteri lepas cakap, ia tidak diizinkan oleh Rasulullah ﷺ untuk diterima sebagai perkara biasa. Lisan boleh membina, lisan berkuasa meruntuh. Kata-kata mampu menjadikan hidup yang miskin bahagia, hidup cukup segalanya jadi huru hara. Malah perkataan boleh memberatkan timbangan kebaikan menghantar manusia ke Syurga, perkataan juga menghantar manusia ke Neraka.

Dengarlah sepenuhnya video ini untuk kita sama-sama meninjau, mengapakah kasih Rasulullah ﷺ begitu mendalam terhadap Khadijah r.a.  

Dan, wajarkah bukan sekadar Aishah r.a. yang patut mencemburuinya?  

Semoga Allah bantu kita memperbaiki diri dalam redha-Nya. Amin.  

ARTIKEL PENUH BOLEH DIBACA DI https://saifulislam.com/2022/11/kuasa-perkataan-renungan-kisah-kecemburuan-aishah-r-a-kepada-khadijah-r-a/

Nov 16, 202235:36
Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

Mendampingi al-Quran adalah rezeki dan rahmat Allah.  

Selain membacanya, kita juga dituntut melakukan TADABBUR.  

Tadabbur datang daripada kata akar د ب ر yang bermaksud hujung sesuatu.  Tadabbur adalah proses untuk menyampaikan kita kepada hujung makna ayat-ayat  al-Quran.  

Selepas lebih seribu tahun kita hidup dengan al-Quran dengan jumlah ilmuan yang mengkaji, menafsir serta menghurainya, hujung al-Quran itu masih terbuka untuk kita meneruskan perjalanan sampai kepadanya.  

Hujung itu bukan hujung yang menghadkan al-Quran. Ia adalah mukjizat, kalam Allah. Sebaliknya, hujung itu adalah hujung yang mengundang kita menyertai perjalanan.  Perjalanan itulah yang penting untuk kita lakukan, sepanjang hayat.  

Firman Allah:

  أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ ٢٤  

"Mengapa mereka tidak melakukan tadabbur terhadap al-Quran? Atau apakah ada kunci yang yang mengunci ke atas hati mereka?" [Muhammad 47: 24]

Tadabbur pula, bukan proses eksklusif untuk sarjana. Ia untuk semua. 

Pertanyaan Allah di dalam surah Muhammad ayat ke-24 itu dituju kepada orang munafik. Tidak munasabah orang munafik bersalah kerana tidak bertadabbur, seandainya tadabbur itu memerlukan kesarjanaan yang mereka tidak miliki.  

Namun, kita perlulah mencari keseimbangan antara amaran Rasulullah ﷺ agar kita tidak berpendapat sesuka hati mengenai al-Quran, dengan perintah Allah untuk kita tadabbur.  

Apabila kita tiba kepada ayat-ayat yang mesejnya kompleks, membabitkan hukum hakam, yang memerlukan satu set ilmu yang hanya dimiliki oleh para ilmuan, fahamlah batasan diri dengan tidak cuba mengeluarkan hukum sendiri, tetapi rujuk kepada mereka yang ahli, dan sumber-sumber yang sejahtera.  

Apa yang mengunci hati seseorang daripada bertadabbur, kunci itu disebut sebagai aqfāl (أقفال). 

Ia berasal daripada perkataan ق ف ل yang mempunyai konotasi sesuatu yang tersusun lagi berangkai, seperti gerombolan pedagang yang disebut qafilah.  Untuk membuka kunci yang menghalang tadabbur, ia tidak berlaku dengan hanya menekan satu butang. Sebaliknya anak kunci itu perlu mempunyai gigi-gigi yang tepat, masuk satu demi satu, dan terbuka perlahan-lahan.   

Bukalah kunci kejahilan dan mazmumah kita, dengan anak kunci yang tepat.   

Caranya, teruskan agenda mempelajari al-Quran, sepanjang hayat.

📌  

Terima kasih kepada members halaman ini dan patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. 

 Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Oct 24, 202207:09
Hikmah Membawa Nama-Nya Dalam Kehidupan - Anekdot Badiuzzaman Said al-Nursi
Oct 23, 202205:13
Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

Episod 4: Kali ini kita mengulas implikasi pendidikan di sekolah yang tidak membangunkan kepintaran emosi ke atas masa hadapan murid lelaki.  

Pekerjaan-pekerjaan yang lazimnya dilakukan dengan kemahiran tangan dan tenaga kerja lelaki di masa hadapan, banyak yang akan digantikan oleh teknologi. Namun, artificial intelligence tidak mampu menggantikan keupayaan tulen manusia dalam kepintaran emosinya. Pekerjaan yang memerlukan kepintaran emosi seperti perkhidmatan kesihatan, penjagaan sosial, kejururawatan, akan terus diperlukan malah akan dibayar tinggi bagi yang mampu melakukannya.  

Apabila pendidikan di sekolah tidak memainkan peranan memupuk kepintaran emosi murid, pelajar perempuan menurut Dr Warren Farrell akan masih terus mengembangkan emosi mereka secara semulajadi melalui aktiviti sosial. Tetapi 'heroic intelligence' yang secara tradisinya menjadi 'aset' lelaki, dijangka sukar memposisikan murid lelaki di dalam dunia pekerjaan mereka di masa hadapan tanpa kepintaran emosi.  

Menjaga emosi bukan melembikkan murid. Ia adalah mentaliti buli yang bukan sahaja menyalahi sains moden yang menyelidik aspek social-emotional learning sejak sekian lama, malah juga menyalahi pendekatan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam semasa mendidik generasi sahabat.  

Lihat sahaja kisah Malik bin al-Huwairith r.a. di dalam Sahih al-Bukhari.  

Apabila anak-anak muda itu hilang fokus kerana teringatkan keluarga, mereka tidak diejek atau diperlekeh oleh guru. Baginda mengiktiraf situasi berkenaan dan mengubahsuai aktiviti pembelajaran agar ia dipindahkan daripada sisi baginda, kepada amali di rumah.  Dari manakah datangnya tanggapan bahawa emosi perlu ditekan, disorok, diabai, agar dengannya lahir 'lelaki tulen' yang hero?  

Ikuti perbincangan mengenai hal ini di dalam sesi kedua mengupas episod keempat buku THE BOY CRISIS oleh Dr Warren Farrell, "The Crisis of Our Sons' Education".  

Terima kasih kepada Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Oct 20, 202243:25
Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3

Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3

𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗧𝗵𝗲 𝗕𝗼𝘆 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗿 𝗪𝗮𝗿𝗿𝗲𝗻 𝗙𝗮𝗿𝗿𝗲𝗹𝗹 - 𝗖𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝟰: 𝗧𝗵𝗲 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗳 𝗢𝘂𝗿 𝗦𝗼𝗻𝘀’ 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻

Kupasan saya mengenai cabaran-cabaran budak lelaki di dalam beberapa siri video sebelum ini bukanlah khayalan peribadi atau pendapat yang tidak berasas.

Ia adalah siri membincangkan kandungan buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr Warren Farrell.

Jika anda mengikuti perkembangan tulisannya, anda mungkin tahu bahawa Warren Farrell adalah satu-satunya anggota lelaki di dalam New York City Board of the National Organisation for Women. Pembabitan beliau di tahun 1970an itu asalnya adalah untuk menyumbang kepakarannya di dalam psikologi, women's studies, sains politik, gender dan keibubapaan, pada memperbaiki hak asasi kaum wanita.

Di kala itu, beliau terkenal dikecam sebagai lelaki yang anti lelaki.

Dalam aktivisme dan penyelidikannya, Farrell mendapati dunia akademia di USA amat jarang menyertakan perpektif lelaki di dalam penyelidikan berkaitan jantina malah lebih cenderung untuk menggambarkan sisi lelaki secara negatif.

Dekad ini, beliau aktif memainkan peranan untuk memperbaiki keperluan lelaki terutamanya di dalam rumahtangga, keluarga serta keibubapaan dan pendidikan kerana data-data besar hasil penyelidikan berdekad memperlihatkan krisis generasi lelaki yang membarah.

Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen menganggap wacana yang saya bawa ini sebagai mengarut, ustaz bodoh kerana wacana saya bukan untuk meraih persetujuan dan sokongan sesiapa. Saya berkongsi agar kita sama-sama dapat berfikir mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menyuarakan kebimbangan yang sama dibawa oleh Dr Farrell.

Pada masa yang sama, saya berusaha untuk menyaring dapatan serta analisis beliau dengan pandangan alam Islam kerana kita memerlukannya.

Sesi panjang sebegini mungkin membosankan khalayak. Namun, Insya-Allah di dalamnya ada butir diskusi yang bermanfaat. Jemput bersabar saya, kita telusi bersama topik kali ini.  Anda boleh membantu menyokong saya pada mendapatkan bahan bacaan dan penyelidikan berterusan, serta kos langganan aplikasi untuk perkongsian seperti ini dengan melayari capaian berikut:  

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Oct 06, 202201:16:02
Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD

Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Kita perlu menyoal mengapa ia berlaku, dan apakah akibatnya sekarang dan di masa akan datang?  

Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka.  Apabila pengalaman awal persekolahan dibelenggu kegilaan desakan menguasai membaca dan menulis seawal pra sekolah, mangsa utamanya adalah kanak-kanak lelaki. Semasa otak mereka belum sepenuhnya tumbuh sesuai untuk belajar mengungkai simbol dalam proses baca, mereka memulakan kembara bersekolah sebagai budak bodoh, sedangkan sistem yang menganiaya lagi menzalimi.  

Tingkah laku kanak-kanak lelaki yang banyak berbentuk fizikal dan kasar, dilabel sebagai nakal. Apatah lagi jika ramai guru pra sekolah merupakan guru perempuan muda, belum  beranak pinak dan kurang sabar dengan kerenah mereka.  Akibatnya kelelakian kanak-kanak itu ditekan.  Pengalaman awal bersekolah sudah tidak memotivasi. 

Ia disusuli oleh kerangka pendidikan berorientasikan akademik, kurang vokasional dan hands on, waktu kelas jasmani dikurangkan, waktu rehat dikorbankan, semuanya menjadikan peluang kelelakian murid-murid lelaki hilang. Apatah lagi jika jumlah guru lelaki di sekolah turut berkrisis.  

Di rumah pula, apabila perceraian meningkat, semakin ramai kanak-kanak dibesarkan oleh satu orang tua, biasanya ibu.  Ketiadaan watak bapa, menjejaskan tumbesaran sense of purpose dalam diri kanak-kanak lelaki.  

Ia juga turut diambil maklum sebagai latar belakang yang sering ditemui di kalangan anak muda yang terbabit dengan kegiatan keganasan. Kemarau 'tujuan hidup' kerana  kemarau kebapaan, menjadikan mereka mudah terheret ke dakyah pengganas yang memberi mereka sebuah tujuan bermakna, walaupun ia bermaksud menghancurkan diri mereka sendiri.  

Semasa kanak-kanak perempuan dan wanita dianiaya, gambarannya agak straightforward. Jelas.  Maka solusinya ialah daripada tiada akses, kepada mengadakan akses.  

Tetapi krisis kelelakian budak lelaki kompleks.  Jika kita malas memerhati untuk memahami dan mencari solusi, mungkin kita akan berterusan menyabitkan fenomena itu kepada stereotaip lelaki bahawa mereka itu yang malas dan tidak serius dengan tanggungjawab dan kehidupan.  

Apa yang kita semai itu yang kita tuai.  Salah menyemai salahlah hasil menuai.  Gagal semai, suburlah lalang dan kemuncup liar sepanjang perjalanan.

Oct 06, 202212:00
Normalkah Zaman Remaja Kita Jauh Daripada Agama?

Normalkah Zaman Remaja Kita Jauh Daripada Agama?

"Remaja adalah peringkat umur yang biasa jauh daripada agama. Apa nasihat ustaz?"

Soalan ini timbul semasa kelas dalam talian saya bersama anak murid di tanahair.

Jauh atau dekatnya seseorang daripada agama tidak semata-mata berdasarkan penampilan luaran. Pakaian seragam sekolah, kehendak keluarga, adat sekeliling, boleh mendesak kita menampilkan diri dengan imej golongan yang dekat dengan agama. Sayangnya, ia menjadi seperti bulan. Indah dipandang dari jauh, tetapi semakin kita dekati, semakin berlubang di sana sini. Imej beragama tidak dapat menghilangkan hanyir akhlak yang keji.

Alam remaja adalah alam kita banyak membuat perhitungan yang salah. Bukan salah kita pun. Frontal lobe di otak yang menjadikan kita manusia itu pun belum siap sepenuhnya. Banyak blindspot dalam hidup.

Namun, di sisi Pencipta kita, lain kisahnya. Biar pun masih remaja, kita sudah mukallaf. Sudah bertanggungjawab ke atas perbuatan sendiri.

Hakikatnya, remaja sudah mampu bertanggungjawab. Perlu bertanggungjawab dengan pilihan-pilihan sendiri. Tetapi, hadkan bebanan itu sekadar pada pada hal yang perlu; persekolahan, persahabatan, dan mengurus kewangan diri. Kurangkan risiko terpaksa berfikir benda yang kita belum mampu akibat merepek dalam kehidupan.

Ada dua bekal yang menyelamatkan remaja; agama dan ibu bapa. Jika hendak nakal sekali pun, jangan sampai membuang kedua-duanya.

Jika buang agama, ibu bapa mendoakan hidayah tanpa putus asa agar kembali kepada agama. Jika buang ibu bapa, agama pula berulang kali mengingatkan kita kembali berihsan dengan ibu bapa, dan bersabar dengan kekurangan mereka. Jika agama dibuang, ibu bapa juga dibuang, mungkin barulah benar-benar seseorang itu menjadi jauh daripada agama. Ia membinasakan. Walaupun ia sudah lumrah, jangan sesekali diterima sebagai kebiasaan. Ia petaka akhir zaman.

Petikan Halaqah al-Muta'allimin pelajar Khalifah Model School (Secondary)

Oct 04, 202207:48
Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi Meninggalkan Kita 26 September 2022

Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi Meninggalkan Kita 26 September 2022

Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi meninggalkan kita, hari ini, di Qatar, pada usia 96 tahun.

  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، سَمِعْتُ عَبْدَ، اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا ‏"‏ ‏.‏  

'Abdullah b. 'Amr b. al-'As menceritarakan bahawa Rasulullah ﷺ) telah bersabda:  Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya daripada manusia. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Lantas apabila tiada lagi orang berilmu yang tinggal, orang ramai akan mengambil orang-orang yang angkuh lagi jahil sebagai pemimpin, meminta pendapat mereka, dan pemimpin itu berpendapat tanpa ilmu hingga tersesatlah mereka lagi menyesatkan orang ramai. [HR Muslim 2673]

Malangnya kita ditinggalkan ilmuan seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.  

Semoga pemergian ini menjadi kerehatan buat Sheikh. Dan semoga kami dapat terus beragama di akhir zaman ini dengan baik, biar pun perit seperti menggenggam bara api di tangan.  

Selamat berkelana, duhai guruku dan guru umat ini. 

Sesungguhnya kami juga akan menyusulimu.

Sep 26, 202214:13
Meninjau Regulasi Emosi Kendiri ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi

Meninjau Regulasi Emosi Kendiri ADHD Dewasa di Dalam Karya Imam Birgivi

Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah 'self talk' pada meredakan ledakan emosi yang terbit dari limbic brain kita. Teringat juga bagaimana Nabi Muhammad ﷺ  mengingatkan kita agar melatih diri semasa berpuasa, apabila menerima kecaman atau penghinaan, jangan ikutkan rasa marah, tetapi katakan "sesungguhnya aku berpuasa".

Indah.

Sep 23, 202211:11
Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD

Bukan Semua Masalah Orang ADHD Adalah Kerana ADHD

Bukan semua masalah yang orang ADHD hadapi dalam kehidupan, adalah berpunca daripada ADHD.  Testimoni adalah bukti yang lemah. Justeru cerita peribadi, semasa kita saling berempati, perlu disokong dengan usaha membawa perbincangan ke asas ilmunya. Agar kita tidak terjebak mengaitkan sesuatu dengan sesuatu secara tidak benar. Ia bukan sahaja memudaratkan, malah boleh menyebabkan masyarakat memandang rendah isu ADHD, meneruskan senario menganggap ADHD sebagai alasan, bukan penjelasan.  

Di Ireland, saya fikir rutin kumpulan sokongan kami ada sesuatu yang bermanfaat untuk dipertimbangkan. Apabila kita berbincang topik tertentu, setengah jam terakhir perbincangan kita akan membuka ruang untuk individu yang profesional / berpengetahuan mengenai topik berkenaan mengulas. Ia bertujuan memastikan kefahaman kita baik, terhindar daripada dakwaan tidak berasas, pseudosains dan yang seumpama dengannya.

Sep 15, 202208:00
My September 11 Memory as an Imam in Belfast

My September 11 Memory as an Imam in Belfast

We remember where we were, what we were doing, when we first heard or watched the September 11 tragedy in 2001.   

It was also the beginning of my journey being a young imam in Belfast, Northern Ireland.   

I was inexperienced, lack of proper training and did not even have sufficient English to communicate. 

I did not have the privilege to wait and see but to jump immediately into everything.   

When the mosque and members of our community experienced adverse reactions, I had to decide which direction I wanted to take to lead. 

We believed it was a test from Allah; it shall pass, do not indulge too much in explaining and being defensive, but remain steadfast and let our attitude speaks about our faith and identity.  

"So indeed, with hardship comes ease. indeed, with hardship comes ease." [Q94: 5-6]

Sep 13, 202209:28
Kemangkatan Queen Elizabeth II: Teladan Buat Diri

Kemangkatan Queen Elizabeth II: Teladan Buat Diri

8 September 2022, merenung pelajaran-pelajaran berharga berkaitan sejarah panjang Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun, selepas 70 tahun menduduki singgahsana Inggeris.

Sep 09, 202215:42
Kelebihan Menyendiri | Cabaran Rangsangan Melampau dan ADHD Dewasa

Kelebihan Menyendiri | Cabaran Rangsangan Melampau dan ADHD Dewasa

Kita hidup dalam dunia yang bising. 

Bukan hanya bising oleh bunyi kenderaan, tetapi ada pelbagai suara dan bunyi yang membelenggu diri hingga sukar untuk menyendiri, menikmati sunyi, dan di dalam sunyi itu merenung diri, mendengar suara hati dan mengingati Ilahi.  

Apatah lagi bagi individu ADHD yang sering mengalami kesukaran fungsi eksekutif pada mengawal persepsi hasil input persekitaran yang melampau.  

Suatu ketika semasa menghampiri kota Mekah, Rasulullah ﷺ  bersama para sahabat melintasi sebuah gunung bernama Jumdan.

  وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ: جُمْدَانُ فَقَالَ: «سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ» . قَالُوا: وَمَا الْمُفَرِّدُونَ؟ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: «الذَّاكِرُونَ الله كثيرا وَالذَّاكِرَات» . رَوَاهُ مُسلم  

Abu Hurairah meriwayatkan, ketika Rasulullah ﷺ  di dalam perjalanan ke Mekah, baginda melalui sebuah gunung bernama Jumdan. Lalu baginda bersabda, "teruskan perjalanan. Ini Jumdan. Telah menanglah al-mufarridun (golongan yang 'menyendiri')!"  

Sahabat bertanya, "apakah al-mufarridun itu wahai Rasulullah ﷺ?"  

Baginda menjawab, " iaitulah mereka yang mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya, lelaki dan perempuan"  [Hadith riwayat Muslim]


Sambil bergaul, berorganisasi, bermasyarakat, berjemaah, jangan ditinggalkan kelebihan menyendiri, mengasingkan jiwa dan fikiran, dan mengisi sunyi itu dengan menguatkan hubungan diri dengan Allah.

Sep 08, 202212:35
Moga Pulih Maruah Negara Dengan Sejarah Hari Ini

Moga Pulih Maruah Negara Dengan Sejarah Hari Ini

Kejahatan menghantar manusia ke penjara.  

Tetapi penjara bukan kejahatan.  

Penjara boleh menjadi peluang seseorang itu memperbaiki diri.  

Semoga dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengekalkan sabitan bersalah ke atas bekas Perdana Menteri DS Najib Razak di dalam kes penyelewengan Dana SRC, ia memulihkan maruah negara dan menjadi peringatan bahawa tiada siapa yang boleh berada lebih tinggi daripada undang-undang.  

Kita tidak berasa aib semasa negara mengalami kemunduran ekonomi. Tetapi korupsi dan kegagalan menegakkan keadilan untuk membetulkannya, ia amat menyedihkan.  Moga keputusan ini juga membuka ruang rahmat Allah yang lebih luas untuk menghadirkan damai di dalam jiwa masyarakat kita.  

Berita hari ini bukan berita untuk disorak.  Ia berita untuk disyukuri sebagai terjaganya sesuatu yang penting untuk mencegah umat binasa.  

Kebimbangan utama saya adalah pada melihat agama dan sentimen perkauman digunakan untuk kepentingan peribadi terutamanya dalam sedekad mutakhir ini. Hingga Islam dan Muslim juga dipandang sinis.  Sedangkan agama kita adalah agama yang sangat mengambil berat soal keadilan dan mencegah kezaliman.  

Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ  pernah bersabda:

   إنَّما أهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ، أنَّهُمْ كَانُوا إذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أقَامُوا عليه الحَدَّ، وايْمُ اللَّهِ لو أنَّ فَاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا  

"Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa apabila orang berkedudukan di dalam masyarakat itu mencuri, mereka melepaskannya. Apabila orang yang lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman ke atas. Demi Allah, kalaulah sesungguhnya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku yang akan memotong tangannya!" [HR al-Bukhari :  3475]  

Hadith ini semua orang agama sudah belajar mengenainya. 

Ingatlah kembali asas ini. 

Kekalkan peranan orang agama pada meluruskan agama masyarakat, dan menjernihkan kekeliruan. Jangan sekali-kali terjebak menggunakan agama untuk kepentingan peribadi masing-masing. Ilmu agama bukan ilmu untuk buat duit. 

Nabi kita ﷺ  pun semasa wafat tidak mewariskan harta. 

Baginda hanya mewariskan ilmu agama ini sebagai pedoman kerana sudah tidak ada nabi lain hingga ke akhir zaman.  

Semoga Allah jaga kita, dan doakan yang baik-baik untuk semua, amin.

Aug 23, 202207:55
Telephonophobia Dan Cabaran ADHD Dewasa

Telephonophobia Dan Cabaran ADHD Dewasa

“Angkatlah telefon tu! Ada telefon tak angkat buat apa ada telefon!”

Kegeraman kawan-kawan dengan perangai saya tidak menjawab panggilan telefon sudah pun saya catat semenjak tahun 2007

Semasa itu saya menulis sebuah artikel di saifulislam.com dengan tajuk Telephonophobia.

Setiap kali telefon berdering, saya akan berdebar-debar, mood baik jadi terganggu, apatah lagi nombor yang terpapar tidak saya kenali. Saya tidak akan sekali-kali menawarkan pilihan menelefon atau menjawab panggilan telefon, selagi boleh. Ia adalah kebimbangan tidak rasional, yang sukar saya jelaskan.

Melihat kembali artikel 2007 berkenaan, saya berikan alasan yang telinga saya tidak cukup baik untuk berbual di telefon. Saya akan mengangguk dan mengiyakan apa yang pihak di sebelah sana sebut, walaupun banyak daripada butir percakapan tidak dapat saya tangkap dan fahami. Tak patutlah, kan?

Keduanya, saya tertekan dengan lambakan jemputan ceramah yang andai melalui panggilan telefon, saya perlu berkata ya atau tidak secara spontan. Sedangkan saya beristerikan seorang doktor di wad kecemasan. Sejak dahulu lagi, saya sentiasa memeriksa terlebih dahulu jadual kerja isteri, terutamanya apabila ia membabitkan siapa yang akan jaga anak-anak kami yang masih kecil. Tak seronoklah jika sudah setuju, kemudian perlu berhubung semula untuk membatalkannya.

Selepas menerima diagnosis ADHD dewasa, dan memahami tentang kondisi fikiran dan emosi saya yang 'intense', barulah saya mendapat serba sedikit jawapan. Telephonophobia atau telephone anxiety ini ada di dalam DSM-V di bawah social anxiety. Untuk kondosi berkaitan telephonophobia ini menerima diagnosis, keadaan tersebut mestilah berlaku lebih dari tempoh 6 bulan, dan menampakkan 3 ke 5 daripada simptom yang disenaraikan.

Andai anda ada sahabat yang susah hendak menjawab panggilan telefon, janganlah berkecil hati dengannya. Dia mungkin sahabat anda paling baik hati. Cuma dia akan lebih mudah berkomunikasi, andai anda sudi menukar panggilan telefon kepada mesej bertulis, atau jumpa bersemuka.

Jemput menonton perbincangan mengenainya di Youtube saya.

#adhddewasa #adhdmalaysia #telephonophobia

Aug 19, 202209:30
Risiko Sembunyikan Diagnosis ADHD Kerana Isu Biasiswa

Risiko Sembunyikan Diagnosis ADHD Kerana Isu Biasiswa

Saya berbual dengan YB Dr Maszlee Malik mengenai hal ini semasa beliau berkunjung ke Dublin, baru-baru ini. Kebimbangan saya ialah pelajar cemerlang SPM menyembunyikan diagnosis atau mengelak daripada mendapatkan diagnosis isu-isu kesihatan mental seperti ADHD, Autisme dan lain-lain, kerana khuatir hilang kelayakan untuk memohon biasiswa bagi membiayai pengajian.  

Walaupun keputusan peperiksaan cemerlang dan layak.  Kemudian, di tengah-tengah pengajian, pelajar mula mengalami kesusahan yang tidak dialami semasa di sekolah dahulu. Malang sekali jika ia membawa kepada kemurungan, tekanan jiwa, kemudian berakhir dengan kegagalan menamatkan pengajian, meletakkan pelajar berkenaan di dalam risiko hutang mencecah jutaan ringgit, kes mahkamah, krisis moral, dan sebagainya.  

Sedangkan semua itu boleh dielakkan jika penggubal polisi memahami ADHD bukan penyakit. Ia adalah kelainan cara otak seseorang berfungsi. Pemahaman terkini, penyelidikan, teknologi, membolehkan pelbagai strategi digunapakai untuk membantu.  

Semasa sekolah, pelajar hidup dengan rutin spesifik terutamanya jika belajar di sekolah berasrama. Ia 'menyembunyikan' masalah individu ADHD hadapi. Apabila ke universiti, rutin itu sudah tiada. Pelajar perlukan kemahiran regulasi kendiri yang tinggi. Ini amat mencabar untuk pelajar neurotipikal, apatah lagi untuk yang mengalami ADHD.

Di negara seperti Ireland, 5% pelajar universiti mempunyai ADHD. Mereka berada di semua fakulti. Boleh menjadi doktor, peguam, jurutera, pakar IT, apa sahaja. Dengan diagnosis ADHD, universiti menyediakan bantuan study buddy, pensyarah mengubah suai pendekatan mengajar, pelajar mempunyai tetapan peperiksaan yang bersesuaian, malah sokongan berkaitan penempatan pelajar. Tidak harus sama sekali pelajar ADHD dinafikan peluang mereka untuk berjaya, atau terpaksa menderita akibat polisi yang mendiskriminasi mereka, sedangkan hal ini boleh dicegah.  

Saya tidak pasti apa yang YB Dr Maszlee Malik dapat lakukan, namun itulah yang sempat saya sampaikan dalam pertemuan singkat kami.   

Jika ada pelajar Malaysia di Ireland, atau di UK, yang merasakan topik ini ada kena mengena dengan cabaran yang anda hadapi, dapatkan sokongan melalui pihak di universiti anda. Andai ada sesuatu yang boleh saya bantu, jangan segan untuk berhubung.  Saya menempuh pengalaman yang perit serta kegagalan demi kegagalan sebagai pelajar kerana tidak kenal ADHD dan hanya menerima diagnosis selepas 15 tahun menempuh kegagalan dalam usaha, dan umur pun sudah lewat 40-an. Saya tidak mahu anak-anak saya menempuh pengalaman itu, dan tidak mahu kalian menempuhnya.

ADHD bukan bodoh. Bukan tidak berdisiplin. Bukan seperti yang pensyarah jerkah di muka saya semasa saya menggeletar mengadap pensyarah suatu ketika dahulu. 

Saya sudah menulis 25 buah buku, dan saya yakin pembaca yang membacanya boleh percaya bahawa penulis buku itu tidak bodoh. Ia hanya kelainan, yang boleh diatasi dengan ilmu, dan intervensi yang sesuai.  

Saya adalah pakcik tua berpangkat ayah yang ada di Naas di Ireland ini. Jika saya tidak dapat menyelamat atau membetulkan perjalanan sendiri, saya harap ada satu dua perkara kecil yang dapat saya gunakan untuk membantu anda.

Aug 09, 202210:53
The Saber Tooth Curriculum: 70% Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar

The Saber Tooth Curriculum: 70% Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar

"Kaji selidik Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021." [Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/72-1-lepasan-spm-tidak-sambung-belajar/]  

Menyedihkan. 

Tetapi tidak mengejutkan.

Sebelum pandemik lagi, hal ini sudah dikaji. Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara ada menukilkan berkaitan disiplin murid: 

"... 𝘓𝘢𝘱𝘰𝘳𝘢𝘯 𝘚𝘚𝘋𝘔 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2017 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 1.4% (67,053) 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘱𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩. 𝘋𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘶, 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘢𝘱𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘉.7, 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘈𝘯𝘵𝘪 𝘋𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘢𝘯 (𝘈𝘋𝘋𝘒) 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘱𝘰𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘳𝘪𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘪𝘧 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 2013 - 2016..."

Manakala yang berjaya menamatkan pengajian universiti pula:  

"... 𝘎𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘵𝘢𝘵𝘶𝘵𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪-𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘛𝘪𝘮𝘶𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘣𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘪 30%. 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘪𝘴𝘬𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘳𝘢𝘧 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘒𝘦𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘴𝘦𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘷𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘱𝘦𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯..."

Itu kisah sebelum pandemik. Kisah yang sudah mula menjelaskan bahawa sistem pendidikan kita sakit. Bukan tidak banyak wang yang dibelanjakan. Bukan tidak ramai guru yang berada di dalam perkhidmatan. Tetapi ada banyak benda yang tidak kena. Saling berkait. Merawatnya tidak boleh dengan menempel sana sedikit sini sedikit. Ia memerlukan 𝘢 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦 𝘴𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮.  Pandemik tiba.

Seumpama datangnya tangan gatal bersama kunci, membuka kotak pandora dan memberanakkan satu demi satu masalah.

Apabila pandemik datang, ketidakadilan dan kasta dalam pendidikan mengeluarkan warnanya. Kelemahan infrastruktur serta infostruktur, melumpuhkan pembelajaran, ramai mula terkejut menyedari bahawa ramai murid ke sekolah kelaparan... kemudian viral kisah juruterbang pesawat kehilangan pekerjaan menjadi peniaga makanan, ijazah tidak menatijahkan pekerjaan, doktor tidak menerima pengesahan jawatan selepas bertahun-tahun bertugas, pendidikan tidak lagi berfungsi membantu mobiliti sosial dan mengeluarkan seseorang daripada kemiskinan. Malah pendidikan menjadi punca kemiskinan kerana habis sahaja belajar, kerja belum tentu, hutang sudah bertimbun.

Apa yang jelas, game streamers menjana pendapatan lumayan. Pewdiepie melalui Twitch Streaming beliau menjana pendapatan USD40 juta. Daddy Hood di tanahair pun tidak kurang hebatnya, bersama akademi Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.

Bagaimana kita mendepani cabaran ini?

Entah apa solusinya.


Aug 05, 202207:33
Masihkah Ia Kesalahan Seorang Bapa?

Masihkah Ia Kesalahan Seorang Bapa?

Baru-baru ini khatib di masjid kami mengulas tentang kesalahan para bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama. Kaum bapa juga ditegur kerana tidak meneladani Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam dalam menyantuni remaja yang 'asi (melakukan maksiat). Banyak perkara baik yang saya ambil sebagai peringatan dan muhasabah diri. 

Namun rumusan akhir khutbah meletakkan salah laku anak remaja bulat-bulat ke atas bapa, memberikan kesan yang berat kepada diri saya.  

Anak-anak yang turut sama bersolat Jumaat, menyoal saya usai keluar dari masjid, di manakah 'accountability' seorang anak yang sudah dewasa, akil baligh, menerima pendidikan, untuk menyalahkan ayah atas perbuatan-perbuatan buruk yang dirinya sendiri lakukan.  

Renungan khutbah itu terus mengingatkan saya kepada komen seseorang kepada artikel yang ditulis oleh isteri saya pada tahun 2010. Tetamu berkenaan mengatakan bahawa "... ada pendakwah yang sibuk berdakwah tetapi anak sendiri dibiarkan tidak bertudung dan solat pun entah ke mana. Siapa yang hendak percaya dengan pendakwah yang sebegitu," katanya.  

Mungkin ada ramai ayah di luar saya yang memang tidak mendidik anak. Tetapi bagaimana jika ayah berusaha keras, namun akhirnya anak itu yang di awalnya elok mengamalkan agama tetapi kemudian memilih untuk melawan ibu bapa serta mengingkari Tuhan, masihkah ia kesalahan si bapa?  

Terlupakah kita kepada teladan-teladan yang dipelajari daripada susah payah Nabi Nuh, Nabi Yaaqub, malah Nabi Muhammad sendiri, alayhim al-solat wa al-salam, pada menyampaikan didikan, tetapi tidak dapat memaksa penerimaan iman oleh insan kesayangan mereka di dalam keluarga sendiri?  Jika anak-anak Nabi Yaaqub berkelakuan buruk, kita melihatnya, adakah kita masih mengecam Nabi Yaaqub bahawa beliau adalah bapa yang gagal? 

Anak kecil boleh dibuat macam-macam ikhtiar. Tetapi kalau anak dewasa, hendak dibuat apa sebab reaksi kita kepada keingkaran mereka?  Mungkin kerana itu, Yaaqub hingga hilang penglihatan menanggung keperitan mengenai ujian Allah ke atas baginda mengenai anak-anaknya? 

  قَالَ إِنَّمَآ أَشْكُوا۟ بَثِّى وَحُزْنِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ  

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Yusuf 12:86)  

Jauhkan diri daripada kecenderungan semasa pada meletakkan kesalahan kepada ibu bapa secara sewenang-wenangnya.   Kecenderungan membelakangkan ibu bapa dan mengutamakan keseronokan sendiri anak-anak remaja, mengingatkan saya kepada buku Rules of Estrangement: Why Adult Children Cut Ties and How to Heal the Conflict oleh Dr Joshua Coleman. 

Antara kisah di dalam buku berkenaan menyebut:  

Does my parent limit my potential? My happiness? My distinctiveness? What does it say about me to stay in contact? The prevailing sentiment is sometimes: lose your parent, and find yourself. ‘I’ve just become clear that I don’t need the stress,’ said Robert, a 28-year-old graduate of an Ivy League school. ‘Since I’ve been in therapy, I’m learning to surround myself with people who don’t make me feel guilty about not being around as much as they want me to. My mom is really needy and I just don’t need that in my life.’

Berhentilah daripada kecenderungan menilai hal ehwal kekeluargaan seseorang hanya berdasarkan pemerhatian mata kasar kita pada apa yang kelihatan di luar dinding rumah keluarga itu.

 Kita semua saling perlukan empati dan doa, bukan menghukum lagi saling rendah merendahkan.  

📌  

Support my work  Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com

Aug 02, 202209:53
Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita

Perisai Surah al-Hujurat di Zaman Tandas Wanita Bukan Lagi Hanya Untuk Wanita

Firman Allah SWT:

  يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ   

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu ada yang lelaki dan ada yang perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." [Al-Hujurat 49:13]  

Ayat ke-13 di dalam Surah al-Hujurat, memainkan peranan baharu yang belum kelihatan peranan itu di zaman sebelum ini.  Ia lazim menjadi rujukan untuk menjelaskan sisi positif hakikat kehidupan manusia yang berbagai budaya. Bahawa perbezaan bukan punca masalah, sebaliknya sumber kekayaan tamadun manusia. Syaratnya, perbezaan itu difahami dan pendekatan kita adalah pada saling kenal mengenal.  

Tetapi perbezaan yang wujud dalam realiti manusia di dalam ayat berkenaan bukan hanya tentang kelainan bangsa, budaya dan bahasa, malah satu lagi perbezaan yang mendahuluinya adalah perbezaan jantina.  Manusia itu ada yang lelaki, ada yang perempuan.  Sama seperti soal budaya, jantina juga adalah perbezaan yang Tuhan sengajakan. 

Pencipta kita boleh sahaja menjadikan kita lain daripada realiti itu. Tetapi Pencipta kita kata: "sesungguhnya Kamilah yang menciptakan kamu itu, ada yang lelaki, ada yang perempuan"  kemudian barulah disusuli dengan:  "dan kami jadikan kamu itu berbangsa-bangsa lagi bersuku kaum"  

Ia bukan hakikat yang relevan hanya untuk Muslim. Ia adalah hakikat yang universal. 

Pencipta kita memulakan ayat berkenaan dengan seruan "wahai sekalian manusia" dan bukannnya "wahai orang-orang yang beriman".  

Sama ada kamu percaya kepada Tuhan yang mencipta kamu itu atau tidak, ia tidak mengubah hakikat ini, bahawa jantina individu itu ada lelaki, ada perempuan, dan sosial manusia pula berbangsa-bangsa.  

Selepas ilmu agama, kemudian hard science dan soft science diketepikan di zaman kebenaran ditentukan oleh hawa nafsu kemahuan sendiri, Allah menutup ayat berkenaan dengan deklarasi:  

"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."  

Dunia jadi kucar kacir di dalam perkara selurus ini, apabila persoalan paling awal sudah tidak lagi dipedulikan iaitu, siapa kita, siapa yang buat kita, dan apa tujuan kita dicipta dan wujud di dunia ini.

Jul 25, 202215:18
Sukarnya Budak Lelaki Menjadi Lelaki | The Boy Crisis - Episod 1
Jul 17, 202213:31
Kebapaan: Andai 'Ibrahim' Tanpa 'Ismail'

Kebapaan: Andai 'Ibrahim' Tanpa 'Ismail'

Meneladani kisah Ibrahim 'alayhi al-salam di dalam surah al-Saffat ayat 102 di dalam Khutbah Aidiladha oleh Sheikh Hussain Halawa, Imam Islamic Cultural Centre Ireland (Masjid Clonskeagh), Dublin, pada pagi Sabtu, 9 Julai 2022 yang lalu.

Semasa Ibrahim a.s. diuji oleh Allah dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s, baginda memperlihatkan sebuah teladan besar sebagai seorang bapa. Biar pun perintah itu daripada Allah, dan baginda akan melakukannya, Ibrahim tetap menyediakan peluang untuk anaknya Ismail menyuarakan pendapat.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". 

Saya meneladani hal ini semenjak anak-anak masih kecil. Ingin menjadi seperti Ibrahim 'alayhi al-salam. Menyantuni anak, memberi ruang mereka bersuara dan berpendapat. Kita mendengar pandangan anak-anak, bukan untuk mengiyakan semuanya. Itu bukan pendekatan yang betul sebagai seorang bapa. 

Anak-anak belum matang, frontal lobe mereka belum siap. Ada banyak blind spot dalam pandangan mereka tentang kehidupan. Mengikut sepenuhnya kehendak anak-anak hanya akan membinasakan diri mereka sendiri.

Kita mendengar pandangan anak atas hakikat yang sama, bahawa anak-anak memerlukan bimbingan kita. Sebelum kita membimbing dan memberi nasihat, kita perlu terlebih dahulu memahami apa yang berlegar di fikiran dan perasaan mereka. "Seek first to understand, then to be understood" bak kata Stephen Covey. 

Ibrahim sebagai Khalilullah, telah melakukan jauh lebih awal di dalam sejarah. Melakukannya dengan iman dan ketaatan di tahap tertinggi.

Justeru baik benar untuk kita sebagai bapa, setelah mendengar saranan Covey itu, mengingati sirah yang mulia  oleh Abu al-Anbiya', bahawa mendengar pandangan anak-anak bukan kerana Covey, tetapi kita ada sebab yang lebih tinggi dan mulia. Meneladani seorang Nabi.

Banyak dialog saya dengan anak-anak, saya rakamkan di dalam buku Aku Terima Nikahnya (2008-2010). Saya tahu saya bukan Ibrahim. Jauh sangat. Tetapi teladan yang ini saya komited melakukannya.

Apa yang menyentuh hati saya, ialah apabila Sheikh Hussain Halawa membaca bahagian kedua ayat berkenaan. Jawapan Ismail:

 ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ 

Anaknya menjawab: "Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Indahnya jawapan Ismail.

Saya belum dapat menikmatinya.

Saya masih dalam perjalanan mendidik anak-anak.

Semasa memandu dari rumah ke masjid, saya menegur anak-anak yang sedang berbual tentang sekolah mereka. Saya tidak setuju dengan pendapat anak-anak yang menolak mengambil subjek tertentu semata-mata kerana tidak suka. Cuba mengingatkan mereka bahawa kami berhijrah ke Finland dan Ireland bukan untuk main-main. Kena berusaha bersungguh-sungguh.

Anak kami berkata "bolehkah jika kita tidak bercakap mengenai hal ini? Sekarang awal pagi, hari raya, dan kerana buka tajuk ini, kami dalam bad mood."

Air mata saya bercucuran semasa khutbah, mengenangkan dialog kami di dalam kereta.

Saya cuba positifkan fikiran bahawa jalan masih panjang, usaha masih perlu dibanyakkan dan diperbaiki. Termasuk memperbaiki diri sendiri. Kerana saya bukan Ibrahim.

Saya teringat aduan Yaaqub 'alayhi al-salam kepada Allah.

Bahawa kita para bapa harus berdamai dengan IKHTIAR, bukan HASIL. Selain ikhtiar, bertawakkallah kepada Allah dan mengadu kepada-Nya.

Kita boleh meneladani Ibrahim.

Namun tiada jaminan untuk mendapat Ismail.

Jul 14, 202209:55
Apa Itu Wanita: Soalan Mudah Jadi Susah di Era Pasca Kebenaran

Apa Itu Wanita: Soalan Mudah Jadi Susah di Era Pasca Kebenaran

Ulasan dokumentari dan buku Matt Walsh dengan tajuk "What is a Woman"

Jul 13, 202229:39
JD vs AH: Kesilapan Pada Membenci Apa Yang Suami Suka

JD vs AH: Kesilapan Pada Membenci Apa Yang Suami Suka


Support my work


Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

Paypal: https://paypal.hasrizal.com


Jun 27, 202203:51
Dilabel Sebagai 'Wahabi' Ketika Mengkritik 'Wahabi'
Jun 27, 202217:03
Wahabi atau Ash'ari: Kita Bertanggungjawab Mengurus Kehidupan Hari ini, Bukan Semalam

Wahabi atau Ash'ari: Kita Bertanggungjawab Mengurus Kehidupan Hari ini, Bukan Semalam

Tokoh yang sudah mati tetap sudah mati. Kita peduli dengan mereka adalah demi mengambil teladan daripadanya untuk kehidupan hari ini.   Kita tidak seharusnya mencakar dan merobek si mati, seolah-olah si mati yang telah mati, tetap mahu dibunuh dan dimatikan lagi, berkali-kali.

وما فات فات ومن مات مات 

“Apa yang telah pergi, telah pergi. Siapa yang telah mati, telah mati!”  

Kita sanggup bermati-mati, untuk membuat keputusan terhadap si mati, seolah-olah kita mahu mengambil alih kuasa Tuhan, menentukan nasib si mati di alam kedua.  

Kita belajar daripada sejarah, catatan hidup generasi yang sudah mati, kerana mahu mencari teladan dan panduan bagi yang hidup.  Atas dasar itu, saya sentiasa mengingatkan diri, supaya jangan celupar mengkritik generasi yang telah pergi. Yang baik pada si fulan, saya ambil jadi panduan, yang kurang dan cacat cela, saya pulangkan ia kepada Tuhannya yang juga Tuhan saya.  Nasib mereka sudah pasti. Cela kita terhadap mereka tidak menambah hukuman derita. Puji kita tidak mengangkat mereka ke darjat mulia. Kita puji atau kita cela, mereka sudah melengkapkan sirah hidup mereka, dan kepada Allah jua kembali segala ketentuan.

  وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ  

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu” [Al-Hashr 59:10]  

Tidak menjadi lebih mulia seorang abid sufi yang mencaci saudaranya dengan label Wahabi.  Tidak menjadi lebih sejahtera seorang abid salafi yang mencaci saudaranya dengan label bid’ah, Mazhabi dan Hizbi.  Yang mencela Imam Syafie bukan kerana dia Wahabi.  

Yang mencela Muhammad bin Abdul Wahhab bukan kerana dia Syafie atau Sufi.  Pencela itu adalah pesakit yang berpenyakit lisan.Yang ilmunya tidak dapat menjinakkan perkataan. Yang perkataannya meliarkan umat Islam. Hawa nafsunya puas pada mencelah sirah si mati.  

Daripada Abi Umamah radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda:  

“Tidaklah sesat sesuatu kaum itu setelah mereka mendapat petunjuk dan mengamalkannya, melainkan dengan kaum itu gemar berdebat berbantah-bantah”   

Lalu baginda sallallahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah:  

مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ 

Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan. [Al-Zukhruf 43: 58]

Jun 27, 202204:30
Musibah Label Wahabi Kepada Umat Islam

Musibah Label Wahabi Kepada Umat Islam

Baru-baru ini, sahabat di tanahair memberitahu bahawa Prof Dr Basri Ibrahim al-Azhari hafizahullah ada menulis buku baharu beliau bertajuk Label dan Pelabelan Wahabi.

Menariknya, di dalam bab keempat, ada satu topik berbunyi "Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Ustaz Hasrizal Abdul Jamil".  Selalunya seseorang itu dibincangkan mengenainya selepas beliau meninggal dunia. Tetapi Allah izinkan saya untuk meneliti hal sebegini semasa masih hidup. Cuma telah meninggal juga, iaitu meninggalkan Malaysia.  

Saya bukan people pleaser.

Golongan yang memfitnah dan melabel saya (dan berpuluh-puluh yang lain di senarai media sosial itu) dengan tuduhan sebegini bukanlah sepenuhnya orang asing yang tidak mengenali saya secara peribadi. Sebahagian pelopornya adalah sahabat dan kenalan sendiri, sepengajian, yang menempuh susur galur proses menuntut ilmu bersama-sama.  Malang buat umat Islam yang berilmu, setelah belajar tinggi, berguru, berkitab, sujud meletak muka di tanah dan berikrar Allah Maha Besar pun, tetapi seperti tiada takut kepada Allah.  

Sedangkan ada pelbagai isu kompleks di belakang label Wahabi ini. 

Selain fakta berbalas fakta dan kupasan membidas kupasan, kita juga perlu melihat jurang semantik yang wujud antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu dan Inggeris, pada mengungkap dan menghuraikan konsep-konsep kontroversi seputar istilah Wahabi itu. 

Isu ini juga rumit kerana jawapan yang benar sering diminta menggunakan soalan yang salah. 

Saya sudah pun beberapa kali menulis mengenai hal ini di dalam buku-buku terdahulu. Antaranya:  

Isu Wahhabiyyah: Tingkap Yang Disangka Pintu (2006 / 2016) |
https://saifulislam.com/2016/04/isu-wahhabiyyah-tingkap-yang-disangka-pintu/  Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah (2006) | https://saifulislam.com/2016/04/keraguan-adakah-ia-jalan-islah/  Iconoclasm di Bumi Haramain (2012) | https://saifulislam.com/2012/10/iconoclasm-di-bumi-haramain/  Lima Tiang Pensejarahan Dakwah Muhammad Ibn Abd al-Wahhab (2014) | https://saifulislam.com/2014/02/lima-tiang-pensejarahan-dakwah-muhammad-ibn-abd-al-wahhab/  The Otherness: Pengitlakan Istilah Mengundang Musibah (2014) | https://saifulislam.com/2014/04/the-otherness-pengitlakan-istilah-mengundang-musibah/  Sindrom Menyerang ‘Ex’ Merentas Sejarah (2015) | https://saifulislam.com/2015/03/sindrom-menyerang-x-merentas-sejarah/  Hidup Berpendirian, Jangan Peduli Apa Orang Kata (2020) | https://saifulislam.com/2020/06/hidup-berpendirian-jangan-peduli-apa-orang-kata/  Wahabikah Aku? (2021) | https://saifulislam.com/2021/11/wahabikah-aku/  

Terima kasih Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari kerana mengulas mengenai hal ini.

Jun 18, 202219:47
Risiko Penyakit 'Ain di Era Foto dan Mata Meliar

Risiko Penyakit 'Ain di Era Foto dan Mata Meliar

Penyakit 'ain itu benar.  

Walaupun foto dan lukisan hari ini bukan lagi berkonotasi sembahan yang menjurus kepada syirik seperti suatu ketika dahulu, malah menjadi bahan kegunaan harian (pengenalan diri dan sebagainya), ia tetapi mempunyai impak kepada emosi primitif setiap manusia. Sama ada dengan melihatnya kita takjub dan menyukainya, atau cemburu dan hasad terhadapnya.  Kedua-duanya mengundang risiko menambah sumber penyakit 'ain.  

Pada kefahaman saya, bukanlah pandangan itu sendiri yang menyebabkan mudarat. Sebaliknya pandangan yang bergelora pada rasa takjub atau cemburu itu mencetus syaitan untuk menyakit subjek yang dirujuk. Oleh kerana ia kerja syaitan, sudah tentu ia tidak terjadi kecuali dengan izin Allah. Tetapi risikonya berat, dan kerana itu baginda Rasulullah ﷺ  memberi peringatakan.  

Bayangkan, Amir ibn Rabi'ah yang melawat Sahl ibn Hunaif, tidak berniat buruk semasa memuji kulit beliau yang cantik. Tetapi pujian itu disusuli dengan kejadian Sahl jatuh sakit. Apabila hal beliau diadukan kepada Nabi Muhammad ﷺ , baginda bertanya apakah ada sesiapa yang disyaki menjadi sebab di sebalik kejadian. Mereka memberitahu baginda tentang pujian Amir ibn Rabi'ah tempoh hari.  Lantas baginda berkata:

  عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ  

"Kenapa salah seorang daripada kalian membunuh saudaranya?!"  

Bayangkan.  

Satu pujian Amir kepada kulit Sahl, baginda mengungkapkan perbuatan itu sebagai seumpama membunuh saudara sendiri. Bukankah hari ini kita sudah begitu normal bercakap tentang rupa paras; badan slim tak slim, jaw line, hidung, mata, kulit, di media sosial?  Berapa kali sehari kita 'membunuh'?  Tidak hairanlah kita resah gelisah dan ditimpa macam-macam musibah, malah berkolerasi dengan peningkatan penyakit mental dan jiwa.  

Nutrisi lebih baik, kualiti hidup lebih baik, tetapi susah benar untuk bahagia dan sejahtera.  Kata Rasulullah ﷺ lanjutan kisah Amir dan Sahl itu tadi:

   إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ  

"... jika sesiapa di kalangan kamu melihat sesuatu pada saudaranya dengan rasa takjub, hendaklah berdoa untuknya keberkatan daripada Allah!" [HR Ibn Majah (2828) dan al-Nasa’i (10036)]  

Lalu baginda mengarahkan agar Amir berwudhu'. Beliau membasuh muka, kedua tangan hingga ke paras siku, dua lutut dan bahagian dalam kainnya. Nabi ﷺ   mengarahkan  air wudhu' itu disiram kepada Sahl dari arah belakang.   

Semua yang cantik, yang baik, yang indah, daripada Allah.  

Jangan lupa Allah.  

Apabila kita lupa Allah, kita terperosok di dalam perangkap nafsu sendiri, dan syaitan mengiringi.  

Bagi yang melihat, gigitlah lidah dan jari jemari daripada bercakap atau menulis tentang fizikal atau harta milik orang. Doa dalam diam keberkatan daripada Allah untuknya.  Manakala bagi yang memiliki dan dipandang diri, bersederhanalah dalam memposisikan diri di hadapan khalayak di era kita hidup dikelilingi kamera, cermin, skrin, yang semuanya menambah risiko.

Kita juga semakin jarang mencetak foto. Semuanya digital sahaja. Tetapi sekali sekala kita cetak, ia mungkin untuk tujuan istimewa sebagai hiasan rumah. Sama ada kita sendiri atau orang lain, jika memandang foto-foto itu dengan perasaan yang membakar lagi bergelora, baik kerana teruja atau hasad dengki, kedua-duanya menjadi pandangan yang menghantar syaitan untuk menyakiti saudara dan ahli keluarga kita sendiri.  

Tidak mengapalah ambil foto muka tak lengkap, atau comot sedikit. 

Cantik dan kacak pun, akhirnya jadi tanah dan makanan ulat di kuburan juga. 

Kembalikan fokus kita kepada apa yang utama. 

Budi pekerti diri, akhlak, diri dalaman yang hakikatnya menjadi tempat jatuh pandangan Allah.

Jun 07, 202208:20
Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH

Pergolakan Ideologi di Sebalik Perbicaraan Kes Mahkamah JD vs AH

Apabila peguambela Amber Heard, Elaine Bredehoft muncul di dalam talk show mengkritik keputusan juri di dalam kes perbicaraan JD vs AH, ia memperlihatkan sisi yang bertambah rumit mengenai pergolakan ideologi di belakang kes ini. Lebih malang, mereka yang tidak mengikut rapat proses mahkamah selama hampir 7 minggu itu, berisiko terseleweng pemahamannya disebabkan oleh dakwaan-dakwaan palsu beliau:

Kekalahan Amber Heard adalah malang untuk wanita dan mangsa keganasan rumahtangga. Ia mengarut kerana kemenangan JD menambah keyakinan bahawa mahkamah masih berfungsi untuk membela mereka yang teraniaya melalui bukti-bukti yang berintegriti. Banyak bukti dalam perbicaraan di United Kingdom yang dimenangi oleh Amber Heard tidak dapat dibentangkan di mahkamah Virginia Amerika Syarikat. Ini tidak benar kerana di UK, Johnny Depp menyaman akhbar The Sun, dan bukannya Amber Heard. AH memberi keterangan di dalam mahkamah sebagai saksi, dan bukannya sebagai yang tertuduh. di US, pihak yang didakwa bukan Washington Post atau TMZ, sebaliknya Amber Heard sendiri. Ada perbezaan fundamental antara kes di UK berbanding US. Juri tidak dapat menilai kesaksian Amber Heard dengan baik kerana beliau telah 'demonised'. Dakwaan Elaine ini menghina juri dan sistem mahkamah. Di UK, Amber Heard dibantu di mahkamah melalui bahan bukti antaranya laporan perubatan yang tidak dapat dibawa ke sidang US. Ini tidak benar kerana laporan perubatan yang dimaksudkan itu bukan laporan perubatan. Ia adalah nota therapist berdasarkan self report Amber Heard. Ada perbezaan besar antara dua dokumen berkenaan.

Hos acara Ireland AM semasa menemubual Dave Neal, menolak keterangan Dave Neal bahawa wanita dan mangsa keganasan rumahtangga tidak harus takut teraniaya hanya kerana Amber Heard kalah kerana selama beberapa tahun Amber Heard telah dipercayai. Tetapi kepercayaan itu musnah akibat pembohongan beliau sendiri yang bertali arus. Kenyataan Dave Neal ini dikatakan 'rubbish' oleh Tommy, hos talk show Irish berkenaan. Kemudian beliau sendiri mengaku tidak mengikuti perbicaraan di US. Ia memalukan.

Sentimen di Ireland cenderung kepada toxic feminism kerana Ireland masih di dalam situasi reaktif terhadap tragedi penyelewengan gereja Katholik yang menyaksikan ramai wanita dan kanak-kanak dianiaya atas nama gereja dan agama. Malangnya ia banyak dilakukan oleh lelaki daripada institusi berkenaan.

Tragedi tersebut menyebabkan semakin ramai penduduk Ireland mendakwa diri mereka sebagai Atheist, meninggalkan bukan sahaja gereja Katholik, malah agama Kristian dan agama secara keseluruhannya.

Ia juga menjadikan Ireland begitu agresif dalam melindungi kaum wanitanya. Ia asasnya bagus malah perlu, tetapi mudah terjebak ke daerah toxic feminism.

Kita harus belajar daripada kejadian ini untuk memahami pergolakan ideologi yang berada di belakang naratif semua pihak yang memperkatakannya. 

Pada masa yang sama, kita juga hendaklah mengelak daripada berlebih-lebihan mengidola atau membenci selebriti hingga terlupa bahawa mereka adalah manusia biasa, dan sebagai manusia, mereka perlu diberi peluang untuk dibela semasa dianiaya, sama seperti kita. Jangan diremehkan mereka hanya kerana mereka 'selebiriti'.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada cabaran pemikiran dan moral di akhir zaman ini.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland.

Jun 03, 202215:30
Words Matter: Teladan Kes Johnny Depp vs Amber Heard

Words Matter: Teladan Kes Johnny Depp vs Amber Heard

Saya bukan 'team JD' atau 'team AH', bukan juga 'team lelaki' atau 'team perempuan'. Kita mesti berusaha untuk berpihak kepada apa yang benar, berpandukan cara mengenal kebenaran yang diajar oleh Tuhan.
Walau apa pun keputusan mahkamah di Virginia, semoga 100% hujah, bukti dan analisis yang telah dibentangkan sepanjang 6-7 minggu lalu mampu mendidik kita semua pelajaran penting agar kita cermat memilih perkataan, kelakuan, dan mencegah diri daripada menganiaya sesiapa jua.
Kita mesti mampu mengenal makna dan nilai perkataan.
Moga selamat dan sejahtera, dunia dan akhirat.
Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
Jun 01, 202215:57
Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi
May 27, 202219:34
Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menguruskan Ibadat

Susahnya Seorang ADHD Dewasa Menguruskan Ibadat

Tidak mudah untuk mengekalkan diri dalam keadaan ingat kepada Allah. Kita mudah lalai, lupa, dan lupa itu lupa kuasa dua bagi golongan ADHD seperti saya.

Tidak mudah untuk bersyukur kepada Allah. Kita cenderung memberi fokus kepada benda-benda yang kita tidak ada, hingga tidak bersyukur dengan benda yang kita ada, yang sebenarnya sangat banyak. Apatah lagi fikiran negatif yang melampau adalah sebahagian daripada cabaran sebahagian golongan ADHD hadapi.

Tidak mudah juga untuk kita memperelokkan ibadah kepada Allah. Kita lupa, kita lambat, kita terlupa rakaat, macam-macam.

Susahnya ketiga-tiga perkara ini, hingga Nabi ﷺ pun minta tolong dengan Allah.

Kita juga patut minta tolong dengan Allah.

Aturkanlah strategi-strategi yang sesuai agar kita boleh bersolat, berpuasa, dan melakukan ibadah-ibadah yang lain dengan baik.

Saya bersyukur kepada Allah kerana agama saya iaitu agama Islam, adalah agama yang diberikan oleh Pencipta saya, dan saya dapati ia selari lagi meraikan diri saya sebagai manusia ciptaan-Nya. Termasuk juga dalam hal ADHD.

Dalam solat, saya jumpa elemen-elemen yang berkaitan dengan fungsi eksekutif kita:

Self awareness: solat kena spesifikkan niat. Kita kena tahu semasa solat kita solat apa. Permulaan solat adalah lawatan kepada proses self awareness di dalam fungsi eksekutif kita. Inhibition: semasa solat saya kena kawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat. Malah berusaha dari semasa ke semasa untuk kembalikan fikiran kepada bacaan solat berbanding membiarkan diri day dreaming entah ke mana. Non verbal working memory: Semasa solat juga, saya membayangkan maksud bacaan zdi dalam sola, apakah pergerakan seterusnya dan apa yang perlu dibuat apabila sampai ke ayat tertentu. Verbal working memory: Bacaan di dalam solat, zikir semasa berpindah dari satu rukun ke satu rukun, semua itu aktif bekerja semasa saya sembahyang. Emotional self-regulation: Ketika dilanda masalah dan kesedihan, saya cuba sembahyang. Dengan sembahyang, saya cuba bendung emosi-emsoi baik marah, atau sedih, agar tidak melampau hingga mempengaruhi perbuatan saya. Demikian juga semasa berpuasa, ketika netizen kata saya bodoh, saya tidak bertindak balas dan cukup sekadar self talk, sesungguhnya aku berpuasa, seperti saranan Nabi kita Nabi Muhammad ﷺ . Self-motivation: semasa rasa malas hendak solat, saya cuba ingatkan diri agar berusaha mendirikannya. Apatah lagi semasa menjadi satu-satunya Muslim di tempat kerja, implikasi melengahkan solat tidak akan berlaku di depan mata. Maka soal dosa dan pahala yang bersifat future oriented, saya cuba usaha perbaiki dari semasa ke semasa. Plan and problem solving: hidup sebagai Muslim di negeri asing seperti di Ireland ini, setiap kali hendak solat, memang kena rancang awal bagaimana hendak berwudhu’ sebelum pakai stokin, di mana hendak solat dan macam-macam lagi.

Semoga solat dan ibadah yang lain mengelokkan fungsi eksekutif saya yang lemah. Dan semoga fungsi eksekutif yang saya pelajari melalui sains, membantu saya menjaga solat.

Moga Allah sayang kita semua kerana tidak tidak pernah berputus asa daripada rahmat-Nya.

Hasrizal
Naas, Ireland
adhd.hasrizal.com

May 25, 202213:19
Kenapa Susah Untuk Rasa Bahagia di Zaman Ini?
May 22, 202206:04
Co-Rumination: Sokong Menyokong Jangan Pula Saling Memurungkan (ADHD Dewasa)

Co-Rumination: Sokong Menyokong Jangan Pula Saling Memurungkan (ADHD Dewasa)

May 19, 202207:57
Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?

Mulut dan Tangan Buat Jahat, Kenapa Ubun-ubun Yang Bersalah?

Firman Allah SWT:

  كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ  نَاصِيَةٍۢ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍۢ  

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (daripada perbuatan buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka),Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah. (al-‘Alaq 96: 15-16)  

Secara peribadi, saya dapati ayat ini adalah antara ayat al-Quran yang memperlihatkan kesukaran ilmuan silam menjelaskan maksudnya.

Di dalam bahasa Arab, perkataan nāṣiyah (نَاصِيَة \ نَوَاصِي) diguna pakai dalam makna-makna kiasan merujuk kepada pemuka dan barisan hadapan misalnya apabila disebut هُوَ نَاصِيَةُ قَوْمِهِ ia bermaksud beliau adalah ketua yang mewakili kaumnya.

Namun istilah nāṣiyah tersebut mendatangkan makna utamanya iaitu bahagian di mana bermulanya tumbuh rambut di dahi, yakni puncak kepala. Saya sendiri kurang pasti semasa menggunakan istilah ubun-ubun kerana ia adalah bahagian berkenaan untuk bayi, bukan kepada orang dewasa. Apabila bahagian itu yang Allah nyatakan sebagai sang pendusta juga pesalah, ilmuan kelihatannya ramai yang merumuskan bahawa istilah nāṣiyah di sini berkemungkinan adalah makna kiasan dan bukan makna hakiki.

Malah selain nāṣiyah  itu berdusta (كَاذِبَة) Allah juga menggunakan istilah bersalah yakni خَاطِئَة dan bukannya مُخْطِئَة.  Istilah مُخْطِئَة digunakan apabila seseorang itu melakukan kesalahan tanpa niat.  Sedangkan خَاطِئَة itu hanya digunakan ke atas seseorang yang melakukan kesalahan dengan niat, dengan sengaja, sebagai pilihan.

Pemahaman terhadap istilah nāṣiyah berkenaan, dengan mengambil manfaat sains moden hari ini, menjadi satu pembuktian kebesaran Allah, kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad ﷺ  yang agung.

Hari ini kita mengetahui melalui sains moden bahawa bahagian otak manusia mempunyai daerah-daerah induk yang setiap satunya mempunyai peranan tersendiri. Bahagian paling berkait rapat dengan perbincangan kita ini adalah merujuk kepada bahagian hadapan otak yang dikenali sebagai frontal lobe, terutamanya sub kepada frontal lobe berkenaan iaitu prefontal cortex (PFC).   

Abu Jahal merancang untuk menganiaya Nabi Muhammad ﷺ  , mendustakan Allah, walaupun lidah yang menuturkannya, dan kaki yang melangkah ke arah melakukannya, Allah memfokuskan hukuman dan ancaman ke puncak kepala Abu Jahal, tempat lahirnya pilihan-pilihan keji berkenaan.  

Sebab itu, kondisi seperti ADHD adalah serius. Kelewatan tumbesaran frontal lobe dan defisit kimia otak seperti dopamine boleh mengakibatkan manusia mudah terjerumus ke lembah kejahatan dan kemudaratan.

Dengan memahami nāṣiyah sebagai lokasi frontal lobe dan prefrontal cortex, saya ingin selalu membaca doa ini:

https://sunnah.com/hisn:120

Kata Rasulullah ﷺ  , “ tidaklah seseorang membaca doa ini melainkan Allah akan hilangkan daripadanya kebimbangannya, dan menggantikan ia dengan kegembiraan”



May 06, 202210:41
Islam dan Isu Kesihatan Mental Menurut al-Quran dan Sunnah

Islam dan Isu Kesihatan Mental Menurut al-Quran dan Sunnah

Walaupun perbincangan mengenai kesihatan mental semakin baik kebelakangan ini, reaksi daripada kita umat Islam masih tidak begitu menggalakkan. Sebahagian menganggap ia sebagai simptom kelemahan iman. Manakala sebahagian lain pula menafikan peranan intervensi sama ada dalam bentuk terapi mahu pun perubatan. Isu kesihatan mental dianggap sesetengah sebagai rekaan 'Barat'.  Islam telah menyediakan dasar yang amat kukuh untuk menggarap isu kesihatan mental secara positif, saintifik dan Rabbani.  

Manusia, pancainderanya, apa yang dialami, adalah sebahagian daripada hakikat kejadian manusia yang dicipta oleh Penciptanya (al-Nisa' 4:28). 

Apabila kelemahan itu merupakan ciri semulajadi manusia yang Allah jadikan, maka ia menjadi premis penting untuk kita melihat penyakit, gangguan dan komorbiditi bukan sebagai bala, sial, karma atau hukuman, sebaliknya hadir dengan hikmah.  Musibah hadir UNTUK kita, bukannya perkara negatif ke atas diri kita (al-Taubah 9:51).

Emosi yang bersangatan hingga ke peringkat menjejaskan fizikal adalah sesuatu yang boleh dialami oleh manusia, termasuk para Rasul yang ulul azmi. Perhatikan apa yang terjadi kepada Nabi Ya'qub alayhi al-salam tatkala menanggung kesedihan yang kronik dan mendalam akibat berita sedih yang menimpa anakanda baginda, Yusuf alayhi al-salam (Yusuf 12:84). Kalaulah kesedihan hingga mata menjadi putih hilang penglihatan itu langsung sahaja dianggap dosa dan mazmumah, mana mungkin ia disandarkan kepada Yaaqub, seorang Rasul, yang maksum?

Penentangan terhadap dakwah dan caci nista yang dituju kepada Baginda Nabi Muhammad ﷺ  juga jangan kita sewenang-wenangnya menganggap ia perkara biasa hingga terlupa menyelami apa emosi Baginda akibat hal berkenaan. Allah mengingatkan:

  فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَسَفًا   

Maka janganlah pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (al-Kahf 18:6). Pesanan yang sama juga ada disebut di (Fatir 35:8).

Baginda Rasulullah ﷺ  juga mengajar kita strategi menguruskan kemarahan seperti mengawal marah semasa berpuasa, mengubah posisi antara duduk, berdiri dan berbaring serta mengambil wudhu'. 

Selain baginda sendiri, para sahabat juga ingat mengingatkan sesama mereka andai ada yang tersilap membuat pilihan, seperti nasihat Salman kepada Abu Darda' radiyallahu anhuma apabila beliau melakukan ibadah melampaui kesejahteraan dirinya. Lihat Riyad as-Salihin 149 https://sunnah.com/riyadussalihin:149.  

Tidak terhenti setakat strategi demikian, Aisyah radhiyallahu 'anha yang mahir tentang ramuan ubat-ubatan, menyediakan ramuan Talbinah yang dituang ke atas Tharid. Beliau memberinya kepada seorang wanita yang sangat berdukacita dengan kematian ahli keluarganya dan kata Aisyah:

  فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ : التَّلْبِينَةُ مَجَمَّةٌ لِفُؤَادِ الْمَرِيضِ، تَذْهَبُ بِبَعْضِ الْحُزْنِ ‏  

Aku mendengar Rasulullah ﷺ  berpesan bahawa talbinah menenangkan hati orang yang sakit dan menghilang sebahagian kesedihan yang dialami. (Sahih al-Bukhari 5417)

Semoga kita lebih positif pada menguruskan isu kesihatan mental dan emosi kerana ia adalah sebahagian daripada hakikat kita yang Allah cipta, sebagaimana suluhan al-Quran, al-Sunnah dan dikemaskan oleh penyelidikan saintifik masa kini, amin.


Apr 27, 202232:52
Anak Remaja: Makin Cuba Gembira Makin Sukar Bahagia

Anak Remaja: Makin Cuba Gembira Makin Sukar Bahagia

Usia belasan tahun adalah usia anak-anak belajar dan mengembangkan identiti diri serta hubungkaitnya dengan peranan mereka dalam kehidupan. Itu kata Erik Erikson di dalam teori psikososial yang terkenal itu.  

Peringkat umur ini menjadikan remaja memberi fokus besar kepada dirinya, imej, serta bagaimana dia dilihat dan diungkap oleh kawan-kawan. Sudah tentu, ia menjadikan seseorang 'obses' dengan dirinya sendiri.   

Tetapi apabila ia jadi tidak seimbang, fokus kepada diri yang asalnya berguna untuk membentuk identiti diri berubah menjadi krisis keyakinan diri. Keterlaluan dalam memikirkan rupa paras. Masih di bangku persekolahan tetapi mahu membina otot dengan kad keahlian gym, minum minuman protein dan menggunakan barangan kosmetik berjenama.  

Malangnya, tetapi tidak gembira, sukar bahagia dan menikmati kepuasan hidup.  

Mungkinkah obsesi dengan diri sendiri, menyebabkan remaja terperangkap di dalam paradigma menerima, menjauhkan mereka daripada dimensi memberi. 

Nak lagi, nak lagi, tetapi tidak puas kerana hidup tetap kekurangan makna.  

Makna lahir daripada perbuatan memberi.  

Walaupun mungkin diejek rakan segenerasinya, Greta Thunberg mungkin berasa lebih puas dengan hidupnya, berbanding remaja yang obses dengan diri sendiri.

    اللَّهُمَّ  كَمَا أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي. رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَصَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ  

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah ﷺ  telah bersabda: 

Ya Allah Engkau telah memperelokkan kejadian (rupa paras)ku, maka Kau perelokkanlah akhlakku.

Apr 23, 202211:50
Demi Rahmat-Nya, Berehatlah (Kerana Syaitan Itu Tidak Berehat)

Demi Rahmat-Nya, Berehatlah (Kerana Syaitan Itu Tidak Berehat)

Apabila setiap hari masyarakat kita melompat dari satu isu ke satu isu, resah ke satu resah, berehatlah.

Berhenti sekejap.

Malah tidur.

Seperti tidurnya Ashab al-Kahf selepas berdoa memohon Rahmat Ilahi.

Kerehatan dan tidur yang sebenarnya rahmat Allah. 

Ketika melawan, menjawab, berdebat dan 'berjuang' (sebagai sangkaan) itu menjauhkan kita daripada Tuhan.

Berehatlah sekejap.

Sesungguhnya syaitan itu tidak berehat.

Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi ﷺ  . Baginda bersabda :

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan itu tidak berehat.”

Hadith riwayat al-Tabarani (28) di dalam al-Mu’jam al-Awsat

Apr 21, 202212:13
Majalah Additude Untuk ADHD Kita

Majalah Additude Untuk ADHD Kita

Doktor berpesan kepada saya, bahawa walaupun kita mahu dunia lebih memahami tentang ADHD dan isu-isu daerah neurodiversiti yang lain, kita tidak boleh memaksanya. Gunakanlah diagnosis untuk kegunaan diri sendiri pada menentukan apakah rawatan yang sesuai serta strategi yang boleh dibuat untuk meningkatkan fungsi seharian kita.  

Apabila perubahan positif berlaku, biarkanlah perubahan itu yang berbicara.  Mudah-mudahan ia lebih berkesan untuk mengundang penerimaan.  

Sebabnya, ADHD ini sendiri terutamanya ADHD dewasa, tidak berada di dalam domain knowledge masyarakat termasuk para doktor sendiri. Kecuali mereka secara spesifik mengambil tahu, mengemas kini dan merujuk penyelidikan terkini mengenainya. Maka kita bolehlah menghargai kepayahan memenuhi keinginan melihat dunia sekeliling kita faham.  

Namun advokasi perlu diteruskan.  

Saya juga terus berkongsi. Tetapi perkongsian saya bukan perkongsian pakar. Saya tidak akan membuat diagnosis ke atas sesiapa atau mengusulkannya kerana ia bukan bidang saya. 

Mempunyai ADHD tidak menjadikan saya pakar ADHD. Mendakwa diri pakar kerana saya seorang ADHD hanya menyebabkan sains dan ilmu pengetahuan mengenainya jatuh di mata masyarakat. Saya mahu perkongsian saya meningkatkan kefahaman, empati dan menghalakan sahabat kepada pakar untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Kita sama-sama tahu jalannya payah.  

Balik ke rumah selepas pertemuan dengan doktor, saya dapati hardcopy majalah Additude yang saya langgan telah tiba. Saya dinasihatkan oleh rakan yang juga seorang psikiatris agar memanfaatkan majalah ini, dan membacanya semenjak 2016. Selepas menerima diagnosis rasmi, saya ingin menghargai usaha majalah Additude ini, antaranya adalah dengan melanggan. Saya langgan juga hardcopy supaya ahli keluarga dan rakan yang berkunjung ke rumah kami, boleh membacanya.  

Sahabat boleh membaca majalah berkenaan di https://www.additudemag.com/ walaupun tanpa melanggannya.  

Semoga serba sedikit perkongsian saya ini bermanfaat untuk kalian. 

Selamat menyempurnakan ibadah di separuh kedua bulan Ramadan kita tahun ini.  

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
adhd.hasrizal.com

Apr 15, 202205:23
Kenapa Allah Tuhan Kita?

Kenapa Allah Tuhan Kita?

Allah Tuhan kita bukan sebab kita sembah Dia.

Jika kita tidak sembah Dia pun, Dia tetap Tuhan kita. 

Allah Tuhan kita sebab Dia Pencipta kita. 

Kita sembah Dia kerana kita adalah ciptaan dan Dia adalah Pencipta kita. 

Ini sangat penting untuk kita fahami sebab sesuatu bukan Tuhan semata-mata kerana kita sembah ia. 

Jika sesuatu itu Tuhan kerana kita sembah dia, itu yang mudah menyebabkan manusia anggap Tuhan itu ciptaan manusia, khayalan. 

Tuhan itu Tuhan sama ada kita sembah Dia atau tidak. 

Itu hikmahnya, semasa kali pertama Allah memperkenalkan diri kepada Nabi Muhammad ﷺ, Allah tidak memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan yang disembah, malah tidak juga dengan nama Allah. Sebaliknya, Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan kamu sendiri, yang Mencipta. Apabila Allah itu Pencipta dan selain Dia adalah ciptaan belaka, tiada satu apa pun yang seperti Dia. 

Ia asas akidah penting, bekalan untuk kami dan anak-anak kami, hidup sebagai Muslim minoriti di negeri asing ini.

Perbualan dengan anak-anak usai tarawih dan witir malam tadi.

Apr 12, 202209:12
Pendidikan Anak Antara Semalam, Hari Ini dan Esok

Pendidikan Anak Antara Semalam, Hari Ini dan Esok

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita berkaitan dengan keibubapaan dan pendidikan anak-anak hari ini berisiko mendatangkan  kesan yang besar untuk masa hadapan.  Saya cuba sedaya upaya menekankan bahawa sistem, kurikulum, silibus tidak ‘maksum’. Ia mempunyai pelbagai isu termasuk berkaitan rekabentuk. Apa yang sempurna dan perlu dipelihara adalah fitrah anak-anak. Kejadian dirinya, perkembangan kognitif, emosi, sosial, yang jangan sekali-kali dikorbankan demi mematuhi mandat pendidikan berkenaan. Sistem jika berjaya diubah akan berubah. Tetapi fitrah anak yang rosak, cedera dan dicacatkan itu, amat sukar proses memulihnya bersama peredaran zaman yang begitu radikal dan fundamental.

Petikan Sesi Keibubapaan KMS Februari 2020

Apr 11, 202254:18
Ibrahim: 'Seorang Umat Yang Setia Dengan Tuhannya

Ibrahim: 'Seorang Umat Yang Setia Dengan Tuhannya

KISAH NABI IBRAHIM A.S. SEBAGAI UMAT (SURAH AL-NAHL AYAT 120 - 121)

إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةًۭ قَانِتًۭا لِّلَّهِ حَنِيفًۭا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ١٢٠

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); dia berserah diri kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang menyekutukan Tuhan.

شَاكِرًۭا لِّأَنْعُمِهِ ۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ١٢١

Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.

Apr 11, 202201:34
Kanak-kanak Suka Sains, Murid Sekolah Tidak Suka STEM

Kanak-kanak Suka Sains, Murid Sekolah Tidak Suka STEM

Kanak-kanak tidak membenci sains.  Kanak-kanak suka sains.  Sains adalah aktiviti kanak-kanak paling awal, sebelum aktiviti mereka berkembang di dalam segmen kehidupan yang lain.  Tetapi keghairahan untuk tahu, meneroka, menyoal, mati apabila kanak-kanak menjadi murid sekolah.  Sekolah merosakkan fitrah kanak-kanak yang telah secara semulajadi suka kepada sains.

Apr 10, 202210:40
ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah

ADHD dan Kesihatan Mental di Belakang Salah Laku Jenayah

Di dalam masyarakat yang kuat berpegang dengan adat dan agama, perbuatan yang tidak elok mudah ditinjau hanya daripada perspektif moral. Namun, kita tahu, mekanisme perbuatan manusia itu kompleks. Perbuatan Nabi Yaaqub alayhi al-salam yang bersedih dengan gelagat anak-anaknya hingga 'mengorbankan' Yusuf alayhi al-salam, berlarutan hingga mata baginda menjadi putih dan hilang penglihatan. Umumnya, kita mungkin menganggap ia perbuatan yang melampau dan salah di sisi agama. Tetapi Nabi Yaaqub adalah seorang Rasul yang maksum. Allah melindungi para Rasul daripada dosa. Saya tidak sama sekali cuba mengusulkan apa-apa diagnosis dalam hal ini. Cuma ingin membuka ruang kita merenung bahawa apabila manusia melakukan sesuatu, ada latar belakang yang kompleks sebelum ia menjadi betul atau salah, dosa atau pahala. Manusia boleh memilih perbuatan, mengawal, merancang, mengelak, kerana otaknya lebih canggih berbanding spesis lain. Bahagian hadapan otak manusia melakukan pelbagai fungsi eksekutif berkaitan hal berkenaan. Jika di bahagian berkenaan mengalami gangguan, ia mendatangkan masalah kepada individu yang mengalaminya mengatur kehidupan. Profesor Russell Barkley di dalam bukunya ADHD in Adults : What the Science Says menjelaskan bagaimana ADHD yang tidak dirawat secara statistiknya mengurangkan jangka hajat seseorang hingga 13 tahun! Lebih daripada diabetis, merokok, alkohol, dan obesiti . Apatah lagi jika diabetis, merokok, alkohol, obesiti dan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa adalah kerana ADHD yang tidak dirawat. Katanya lagi: In the first study, a random sampling of 102 inmates in the Utah State Prison was employed (Eyestone & Howell, 1994). Results indicated that 25.5% of those inmates evaluated qualified for a diagnosis of adult ADHD. Juga: Torgersen et al. (2006) also found elevated rates of violent crime (24%), theft (27%), and drug-related crime (18%) in their Norwegian sample of adults with ADHD. Barkley, Russell A.; Murphy, Kevin R.; Fischer, Mariellen. ADHD in Adults . Guilford Publications. Kindle Edition. Teringat saya kepada sabda Nabi Muhammad ﷺ : عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ ‏"‏ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ ‏"‏‏.‏ Daripada Anas: Rasulullah ﷺ telah bersabda, "Bantulah saudaramu; sama ada ketika beliau itu zalim, atau dizalimi" Sahabat bertanya, "Tidak mengapa kami membantunya sekiranya dia dizalimi. Tetapi bagaimana kami membantunya jika dia yang si zalim itu? Baginda ﷺ menjawab, "dengan menghalang beliau daripada melakukan kezaliman itu" Sahih al-Bukhari 2444 https://sunnah.com/bukhari:2444 Bagaimana jika kezaliman itu terbit daripada cabaran gangguan mental yang sebenarnya ada rawatan untuknya? Tidakkah kita mensesiakan ilmu, penyelidikan, serta kemudahan sedia ada, yang amat berkesan untuk itu? ADHD adalah top 3 gangguan di dalam psikiatri yang paling banyak penyelidikan mengenainya. Stimulant untuk ADHD pula adalah antara rawatan paling selamat dan berkesan di dalam psikiatri. Malang sekali jika kita lebih selesa untuk terus melabel, menghukum, menghina, berbanding mencari jalan bagaimana seseorang itu boleh dibantu, sama ada semasa dizalimi, atau semasa menzalimi.
Apr 09, 202210:10
Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya.   Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi.

Antaranya:  

Tingkatkan kesedaran diri kerana mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland, maka kesannya bertahan hanya sehingga sekitar jam 5 petang. Justeru saya perlu tingkatkan kepekaan diri untuk jam-jam selepas itu semasa menyediakan juadah berbuka puasa, makan bersama keluarga, solat tarawih dan sebagainya. Menggunakan aplikasi aturan rutin harian yang bersesuaian dengan keperluan diri. Saya menggunakan aplikasi Structured (hanya untuk iOS dan MacOS) untuk offload beban memori kerja saya agar ia visual dan mudah dirujuk. Menggunakan botol air yang air di dalamnya boleh dilihat dan botol berkenaan bertanda dari segi masa cadangan minum, serta berapa kuantiti air yang telah dan perlu diminum. Saya gunakan botol jenama Hydracy. Mengatur cara baca surah semasa bertarawih agar tidak keliru bilangan rakaat.

Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri.  Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan.

Salam ukhuwwah.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland.

Apr 04, 202208:19
Will Smith, Chris Rock dan Pensyarah Tidak Suka B40: 'Cancel Culture' Bukan Solusinya

Will Smith, Chris Rock dan Pensyarah Tidak Suka B40: 'Cancel Culture' Bukan Solusinya

Saya tidak suka dengan ‘cancel culture’. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya.

Ia menyemai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap.

Menolak ‘cancel culture’ bukan lembik, naif, kolot, jauh sekali menyetujui kejahatan.  Tuhan kata kebaikan dan kejahatan tidak sama. Dia juga janji hanya balas jahat dengan something better, boleh tukar musuh jadi kawan.  Ia memang berat, kecuali orang yang sabar dan beruntung.

Apabila anak buat salah, meleterinya, menampar, melibas tali pinggang atau halau dari rumah lebih senang dan ‘puas hati’.  Tetapi ibu bapa yang mahu anak berubah, pilih sabar dan terus berusaha, termasuk semasa anak menolak kesabaran dan usaha itu sendiri.

وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ ۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌۭ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌۭ ٣٤

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)

وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍۢ ٣٥

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35)

Tuhan kita Allah. Tuhan yang tidak pernah berhenti memberi peluang kepada kita sebagai makhluk ciptaan-Nya, membetulkan kesalahan.

Bukan sahaja Allah itu suka mengampunkan dosa, malah Dia sayang pula kepada hamba yang Dia ampunkan itu.

Ghafur, Rahim.

Jumpa orang buat salah, tegur dan betulkan jika mampu.

Bukannya berbondong-bondong menjadi ababil menabur batu neraka untuk membinasa. Kita semua sama. Hanya masa buat silap yang berbeza-beza.



Mar 30, 202211:09
Persediaan Menyambut Ramadan: Antara Motivasi Dalaman dan Luaran

Persediaan Menyambut Ramadan: Antara Motivasi Dalaman dan Luaran

amadan bukan hanya bulan mengenai puasa. Ia juga bulan untuk kita meningkatkan penghayatan al-Quran. Mengutamakan bacaan adalah yang ideal, namun mengimbangkan antara baca dan cuba memahami apa yang dibaca adalah munasabah untuk meningkatkan rasa cinta seseorang kepada kalam Allah ini.

Saya ambil peluang menyentuh sedikit di dalam program Jiwa Ramadan Yang Hilang anjuran HALUANSISWA UniKL Business School baru-baru ini, beberapa strategi mudah berkaitan al-Quran untuk Ramadan yang bakal tiba.

Install aplikasi al-Quran yang bersesuaian di komputer, tablet atau telefon pintar dan posisikan ia di skrin agar mudah dilihat untuk dibaca. Letakkan mushaf di rumah di lokasi yang mudah dilihat oleh seluruh ahli keluarga. Mengadakan aktiviti berkumpulan untuk regulasi bersama (co-regulate) pembacaan ini.

Lakukanlah apa-apa langkah yang sesuai untuk saling membantu sesama kita meningkatkan bacaan.

Cuma kita perlu bijaksana dalam keghairahan untuk menggalakkan sesama kita membaca al-Quran, janganlah kita terperangkap dalam sikap berlebih-lebihan sama ada semasa memberi galakan, mahu pun ketika memberi amaran. 

Kita wajar berhati-hati jika mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai suatu kewajipan melebihi hukum asalnya, lantas mengenakan tindakan organisasi dan yang seumpama dengannya. Ia juga boleh mengundang akibat-akibat yang tidak baik. Halusilah pemahaman kita tentang reinforcement dan punishment secara negatif dan positif, sejauh manakah ia berfungsi meningkatkan dampingan kita dengan al-Quran, agar kita tidak meninggalkan targhib dan tarhib sedia ada di dalam Al-Quran dan Sunnah baginda ﷺ sendiri.

Semoga Allah rahmati kita semua dengan kedatangan bulan yang mulia ini pada meningkatkan amal ibadah kita semua, amin.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland

Mar 28, 202208:24
13 Strategi Keibubapaan di Bulan Ramadan Untuk Anak-anak ADHD

13 Strategi Keibubapaan di Bulan Ramadan Untuk Anak-anak ADHD

Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan. 

Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunikasikan dalam bentuk memperkenalkan, menggalakkan, melatih, yakni sebagai satu proses belajar, pendidikan.

Dengan ADHD, hadir bersamanya pelbagai cabaran seperti gangguan regulasi emosi dan lain-lain, pasti sukar untuk hal ini dilakukan. 

Saya sendiri bukanlah pakar. Saya hanya seorang ADHD yang juga guru, memahami serba sedikit sains pembelajaran, saya gunakan 13 strategi keibubapaan yang diterbitkan oleh majalah Additude ini, untuk diaplikasikan ia kepada usaha kita memperkenalkan ibadah puasa dan Ramadan itu sendiri kepada anak kita yang ADHD. 

Dokumen berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di https://www.additudemag.com/download/raising-a-child-with-adhd/  

13 strategi yang dimaksudkan itu ialah:

Percaya dan berpegang kepada masa hadapan anak. Puasa adalah komitmen sepanjang hayat seorang Muslim. Fokus kepada objektif besar dan jangka panjang ini sebagai mindset kita. Menjadi role model yang baik.  Tidak terlalu cepat berkata 'TIDAK' atau 'JANGAN' Beri perhatian kepada tingkah laku yang positif. Membuat persiapan dan peka dengan kebarangkalian situasi ledakan emosi. Elakkan terpengaruh dengan label-label negatif orang lain terhadap anak kita. Disiplin, bukan hukuman. Bezakan di antara keingkaran dengan kecemerkapan diri. Hindari mengungkap salah laku anak dengan label. Jadikan si anak, bukannya ubat, sebagai pihak yang bertanggungjawab. Libatkan anak dalam perancangan dan penyelesaian masalah. Berhenti menyalahkan orang lain. Dapatkan bantuan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland

ramadan.hasrizal.com

adhd.hasrizal.com

Mar 22, 202215:18
Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway Dalam ADHD Dewasa

Makan Tumpah Jalan Tergolek: Postural Sway Dalam ADHD Dewasa

Jika anda atau ahli keluarga anda seorang yang accident-prone, kalut, selalu terpecah barang, pertimbangkanlah untuk mereka tidak dileter “tak boleh ke, tak boleh ke…” seolah-olah semua itu terjadi semata-mata kerana perangai. Boleh jadi, ada isu-isu yang organik di dalam otak individu berkenaan yang berada di sebalik keadaan itu.

Tidak semua orang ADHD ada masalah ini dan tidak semua orang yang ada masalah ini mempunyai ADHD. Hanya psyciatrist terlatih yang pakar sahaja, boleh mengenal pasti simptom-simptom yang benar, mana yang mimic, atau mungkin ada isu lain selain ADHD, dyspraxia atau postural sway berkenaan.
Feb 27, 202209:56
ADHD: Menghargai Kejadian Otak Dan Fungsi Akal

ADHD: Menghargai Kejadian Otak Dan Fungsi Akal

Semenjak sekian lama saya sentiasa teruja dengan kehebatan otak dan fungsi akal. Oleh kerana saya bukan daripada bidang sains, bidang agamalah medan saya meneroka keterujaan ini. Suka dengan pembelajaran yang membabitkan diskusi, debat, bertukar pendapat, kerana saya dapat rasa yang otak saya bekerja semasa belajar sebegini. Pembelajaran secara hafalan dan pengulangan (rote learning) agak berat untuk saya, tanpa mengetahui ADHD merupakan latar belakangnya.

Selepas memulakan pembelajaran di bidang sains pembelajaran di Oulu Finland, saya berkenalan dengan psikologi kognitif yang diguna dalam pengajian kami. Di situlah saya berkenalan dengan isu-isu executive function, regulasi emosi dan macam-macam lagi, terutamanya semasa belajar subjek Self-Regulated Learning (SRL). Ironinya, ketika itu jugalah saya ditimpa kondisi paling berat dalam pengalaman belajar dan diusul diagnosis ADHD dewasa. Demi memahami masalah sendiri (sementera belum berpeluang melakukan assessment formal), saya membaca kajian-kajian khusus berkenaan masalah executive function dan regulasi emosi serta kaitannya dengan ADHD. Ia membuka kefahaman saya pada menghargai betapa kompleks cara otak bekerja, dan menjadikan diri lebih cermat semasa melihat perangai-perangai seseorang yang kita tidak berkenan.

Ada keadaannya, ia bukan masalah ingkah laku semata. Sebaliknya ia ada kaitan dengan kondisi fizikal otak seseorang itu, misalnya defisit dalam penghasilan serta penyebaran kimia-kimia yang otak hasilkan, seperti dopamine dan rakan-rakannya.

Saya terima diagnosis ADHD ini bahawa ia ujian daripada Allah yang sayalah penentu sama ada ia musibah atau manfaat. Saya yakin ADHD itu walaupun menjadi penjelasan kepada banyak kerumitan hidup yang saya alami, ia jugalah yang berperanan mencorakkan saya menjadi siapa saya yang sahabat kenal dalam penulisan, percakapan dan pertemuan.

Alhamdulillah.
Feb 19, 202210:60
Nasihat Imam Ghazali Apabila Silibus Tinggi Sangat

Nasihat Imam Ghazali Apabila Silibus Tinggi Sangat

Perbincangan nasihat keenam Imam Ghazali rahimahullah kepada para guru di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din. Ia berkaitan dengan bahana kandungan pelajaran terlampau tinggi, mengatasi keupayaan murid untuk memahaminya. Nasihat ini disampaikan pada abad ke-12 ini amat relevan untuk menyuntik kesedaran serta kesungguhan kita menyelesaikan masalah pendidikan abad ke-21 yang sedang kita alami. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mempunyai subjek dan kandungan pelajaran di kalangan murid tahun satu di sekolah. Ini bukan bukti kemajuan, sebaliknya berisiko menjadi ancaman larinya fokus sebenar. Di usia berkenaan, murid perlu dibantu untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi (membaca, menulis, mengira) dan bukannya belajar macam-macam, banyak-banyak.

Bagaimanakah Imam Ghazali mengupas hal ini?

Ayuh kita tinjau bersama-sama.

Teks Kitab Ihya’ yang dibincangkan ini ada disertakan di halaman Youtube dan FB My Learning Journey saya.
Feb 17, 202253:59
ADHD dan Faktor Genetik

ADHD dan Faktor Genetik

PLAYLIST VLOG ADHD: adhd.hasrizal.com

Mengambil kira genetik sebagai faktor penting di sebalik ADHD seseorang, mengetahui akan hal ini boleh membantu kita meningkatkan kepekaan terhadap cabaran-cabaran yang wujud di dalam keluarga sendiri, serta saudara mara. Perkara ini boleh memainkan peranan yang besar untuk melawan stigma negatif yang menyebabkan ADHD diabaikan atau dipandang remeh. Ia bukan hanya berisiko menyebabkan seseorang mengalami kemerosotan kualiti hidup dari segi pelajaran dan pekerjaan, malah turun mengurangkan kadar jangka hayat secara signifikan akibat pelbagai masalah diri yang 'sistemik', dengan ADHD tersembunyi di belakang semua krisis hidup tersebut.
Feb 16, 202213:28
Senario Ilmuan vs Penglipurlara (Qussas) Merentas Zaman

Senario Ilmuan vs Penglipurlara (Qussas) Merentas Zaman

Orang bercakap hal agama tetapi penuh dengan hadith palsu dan maklumat yang tidak masuk akal, tetapi disayangi masyarakat, bukan senario baharu. Zaman berzaman, masalah ini menguji kita. Ikhlas mencari kebenaran dan beriltizam dengan ilmu, adalah jalan yang perlu dipilih agar selamat menempuh fitnah besar ini.
Feb 14, 202209:08
Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) di Dalam ADHD Dewasa

Cabaran Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) di Dalam ADHD Dewasa

Rejection Sensitive Dysphoria (RSD) adalah keadaan tidak selesa yang bersangatan seseorang alami semasa menghadapi penolakan atau kritikan. Ia keadan yang banyak ditemui di kalangan mereka yang didiagnosis dengan ADHD, sebagai satu daripada dimensi kegagalan fungsi emosi yang baik mereka. Saya kongsikan di dalam episod kali ini pengalaman saya menempuhnya, bagaimana ia terserlah di dalam penulisan dan komunikasi, dan mungkin sedikit sebanyak membantu anda memahami ADHD dengan lebih berempati.
Feb 01, 202216:41
Kenangan Diupah Kerja Untuk Berfikir | Hari Pertama Rawatan ADHD Dewasa

Kenangan Diupah Kerja Untuk Berfikir | Hari Pertama Rawatan ADHD Dewasa

Terkenang pengalaman hampir 15 tahun yang lalu ketika saya dilamar oleh almarhum Prof Khazani untuk bekerja dengan beliau. Kerja saya ketika itu ialah berfikir. Saya disediakan ruang pejabat yang selesa untuk berfikir dan menghasilkan produktiviti yang bukan secara khusus untuk manfaat syarikatnya, tetapi untuk masyarakat. Semoga Allah merahmati almarhum Prof yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Hari ini juga saya memulakan rawatan ke atas ADHD dewasa dengan Concerta XL.
Jan 30, 202208:35
Akhirnya Saya Menerima Diagnosis Klinikal ADHD Dewasa

Akhirnya Saya Menerima Diagnosis Klinikal ADHD Dewasa

Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya. Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya.

Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bukan mata mengeji dan hukum.

Bagi sahabat yang senasib, berusahalah untuk jangan self-diagnosed atau diagnose orang lain. Berusaha untuk mendapatkan bantuan profesional oleh pakar terlatih (dan ia mungkin membabitkan perbelanjaan yang tidak murah).

Hanya selepas didiagnosis secara klinikal dan 'rasmi' oleh konsultan psikiatris, saya berani untuk menulis perkara ini. Mungkin diagnosis ini agak terlambat untuk membantu menyelamatkan saya daripada belenggu the 'unfinished business' selama 20 tahun ini, mudah-mudahan ia menjadikan kehidupan berbaki lebih bermakna dan baik untuk terus berperanan lagi berbakti.
Jan 27, 202215:33
Politik Ulama dan Ulama Politik

Politik Ulama dan Ulama Politik

POLITIK ULAMA DAN ULAMA POLITIK

Politics of Piety ini merupakan kajian yang sangat mendalam tentang hiruk pikuk politik sesama ulama (komuniti ilmiyye) Dawlah Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-17. Kajian oleh Madeline Zilfi ini masih belum ada tandingannya dan terus menerus menjadi rujukan pihak yang mahu menyelidik tentang isu-isu yang berlegar di kalangan ulama Dawlah Uthmaniyyah ketika itu, sebagai kelompok yang sangat berpengaruh dalam politik negara.

Misalnya, salah seorang tokoh penting dalam gerakan Kadızadeli iaitu Vani Mehmed Efendi. Di satu ketika, beliau telah mencemar reputasinya kerana berceramah membenarkan dirinya minum sedikit arak (khamar) dan mengharamkannya untuk orang ramai. Alasan beliau ialah, larangan al-Quran terhadap arak adalah untuk orang awam memandangkan orang awam mudah tersasar dan berlebih-lebihan. Ada pun golongan yang lebih kuat pegangan agamanya, seperti beliau, mampu menentukan kadar yang perlu sahaja untuk minum tanpa menjadi mabuk. Oleh kerana risiko mabuk itu sangat rendah, maka harus baginya meminum arak (mukasurat 188).

Tindakan menyalahgunakan nas di kalangan agamawan ini berlaku dari semasa ke semasa. Ketaksuban kepada golongan ulama, mengkuduskan mereka, menyerang golongan yang mengkritik mereka secara kritis, adalah sikap yang salah serta membelakangkan sejarah.

Kebelakangan ini, politik agamawan menjadi kudus. Sebahagian anak muda pula seperti sanggup mati untuk mempertahankan agamawan tarbiah mereka, menyerang sesiapa yang tidak membeli idea kudus itu. Dan dengan rujukan sejarah, kita bukan ahli nujum tetapi boleh menjangkakan ia menuju ke arah mana.
Jan 24, 202206:41
Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik

Nasihat Keempat Imam Ghazali Kepada Guru: Tegur Berlapik

Tanggungjawab keempat, yang mana ia merupakan sebahagian daripada cara kita berhalus di dalam seni mendidik iaitu: hendaklah seorang guru itu menghalang muridnya daripada kecelaan akhlak dengan pendekatan berlapik selagi boleh dan tidak secara berterus terang. Andai perlu berterus terang, lakukanlah ia dengan kasih sayang dan bukan secara menghina.

Ini kerana, kaedah berterus terang itu menyingkap hijab maruah seseorang, merangsangnya untuk melawan dan melakukan apa yang berlawanan dengan nasihat, serta mendorong untuk terus berdegil dengan salah laku tersebut.

Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda:

Seandainya orang ramai dilarang daripada mencicah tahi unta ke dalam bubur, nescaya itulah yang mereka lakukan dan mereka berkata tidaklah kita dilarang daripada melakukan hal ini melainkan padanya ada sesuatu! (Al-'Iraqi mengulas bahawa hadith ini lemah).

Hal ini juga diperingatkan kepada dirimu melalui kisah Adam dan Hawa alayhima al-salam dan larangan Allah ke atas mereka berdua (Surah al-A'raf ayat 20-21). Dan kisah ini tidaklah dinyatakan kepadamu sekadar menjadi halwa telinga di waktu malam melainkan ia adalah supaya kamu beringat-ingat dengan iktibar daripadanya.

Dan juga, pendekatan berlapik ini akan menggalakkan mereka yang luhur jiwanya dan bijak fikirannya untuk cenderung memikirkan mengenai nasihat tersebut hingga mereka beroleh kepuasan mendapat ilmu mengenainya, yang tidaklah hal berkenaan melangkaui upaya akal mereka untuk berfikir mengenainya.

Wallahu a'lam.

Jan 21, 202256:53
Dilarang Mengikuti Ceramah Hasrizal

Dilarang Mengikuti Ceramah Hasrizal

Sekitar tahun 2011, bermula era saya berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi menerima larangan mengikuti ceramah saya, atau jika menjadi AJK maka tidak dibenarkan menjemput saya sebagai penceramah. Larangan itu tidak praktikal di era maklumat berada di hujung jari tanpa sempadan. Malah larangan seumpama itu turut pernah dibuat oleh kaum musyrikin Mekah ke atas Tufail ibn ‘Amr r.a. yang diberi nasihat agar tidak mendekati seorang lelaki bernama Muhammad kerana beliau berbahaya.

Larangan itu tidak berkesan kerana Tufail ibn ‘Amr orang pintar. Beliau tahu membezakan mana ahli sihir dan mana bukan ahli sihir, siapa gila dan siapa siuman.

Pemikiran yang sama turut mengundang ramai Irish datang ke masjid untuk bersoal jawab tentang Islam tanpa rasa takut walaupun media ghairah memburuk-burukkan agama ini setiap masa. Orang berpendidikan dan berakal, boleh membuat pendirian sendiri, tanpa perlu ditekan-tekan mana yang boleh dibaca mana yang tidak, mana yang boleh didengar, mana yang perlu disekat.

Di kala itu, apabila mahasiswa menyorok-nyorok berjumpa dengan saya secara senyap kerana bimbang dimarah oleh pihak atasan, saya menegur kebimbangan mereka. Tiada siapa boleh marah-marah kita kecuali kita yang mengizinkan diri kita ditekan dan dimarah. Semasa saya di usia mereka, jika penceramah merepek, saya tidak akan biarkan sahaja mereka terlepas. Saya akan tanya dan pertikai.

Apabila khalayak mendiamkan diri, di situlah bermulanya keberanian penceramah merepek-repek tanpa khuatir disanggah kemerepekan mereka.

Sehinggalah sampai ke era, tiada siapa lagi yang melarang sesiapa mendengar apa. Sebaliknya dalam kebebasan mendengar, pendengar sendiri hilang keinginan mendengar kerana lebih selesa mendengar apa yang mereka mahu, bukan lagi apa yang mereka perlu.

Penceramah merepek makin merepek. Pengisian yang sifatnya mencabar status quo sukar mencapai objektif kerana pengisian yang diutamakan adalah yang menghiburkan, memberi kegembiraan dan memenuhi keinginan kita sendiri.

Jalan menyingkap kebaikan di era kebaikan diselaputi asap seperti kata Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam kepada Huzaifah r.a. tidak lagi ramai yang ingin menempuhnya kerana ia jalan yang tidak selesa lagi memerlukan kesabaran dan kecekalan.

Justeru, secara peribadi, terima kasih saya ucapkan kepada setiap kalian yang sudi mendengar, menonton, membaca, dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang saya kongsi selama ini. Kesudian itu mampu melawan tembok sekatan dan larangan. Paling utama, ia menjadikan kalian bersabar lagi pemaaf terhadap kekurangan saya dalam penyampaian.

Hasrizal
Naas, Ireland

Jan 20, 202207:06
Apabila Sang Alim Jatuh

Apabila Sang Alim Jatuh

Di dalam Muqaddimah Hasyiah Ibn Abidin, terdapat sebuah kisah yang menceritakan semasa Imam Abu Hanifah rahimahullah berjumpa dengan seorang budak yang sedang bermain tanah.

Katanya kepada budak itu “wahai budak, jangan kamu terjatuh ke tanah”

Budak itu melihat beliau dan berkata, “Bahkan engkau wahai Imam, jangan engkau terjatuh. Kerana jatuhnya orang alim, adalah jatuhnya alam!”  

Semenjak kejadian itu Imam Abu Hanifah tidak berfatwa melainkan meluangkan masa sebulan penuh meneliti permasalahan bersama anak muridnya. 

Jatuhnya orang alim, ilmuan, ulama, adalah musibah kerana kerosakan yang terjadi kepada golongan ini memberanakkan pelbagai kerosakan lain yang membinasakan. 

Hasrizal Abdul Jamil
Naas Ireland
www.hasrizal.com

Jan 20, 202201:27
Strategi Ibubapa Sokong Persekolahan Anak Walaupun Sistem Sakit

Strategi Ibubapa Sokong Persekolahan Anak Walaupun Sistem Sakit


Bukan semua ibu bapa mempunyai pilihan alternatif kepada pendidikan anak. Tetapi pilihan alternatif itu sendiri bukan penyelamat muktamad. Sebaliknya, ibu bapa boleh melakukan banyak perkara walau di sekolah mana pun anak belajar. Sesi live di Facebook dan Youtube tadi mengusulkan perkara berikut:<br />
<br />
1. Beri sokongan emosi dalam pembelajaran anak<br />
<br />
2. Saring kehendak sistem dan sekolah<br />
<br />
3. Belajar ilmu pedagogi<br />
<br />
4. Bina hubungan baik dengan guru dan sekolah<br />
<br />
5. Rancang kewangan keluarga<br />
<br />
6. Bertawakkal kepada Allah
Jan 13, 202201:03:14
Sifat Rabbani Pada Ilmu, Pengajaran dan Pembelajaran (Penuh)

Sifat Rabbani Pada Ilmu, Pengajaran dan Pembelajaran (Penuh)

Rakaman Halaqah Pendidikan Islam anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah pada 19 Februari 2016, mengupas ayat 79 surah Āl 'Imrān dan ulasan buku The Collapse of Parenting oleh Dr Leonard Sax.

Jan 11, 202202:06:56
Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes Untuk Ekosistem Startup

Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes Untuk Ekosistem Startup

Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah.

Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi.

Saya tertarik kerana pada masa itu saya mengalami keresahan duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi pengalaman baru buat saya. Hype yang meresahkan itu menyebabkan saya terfikir adakah saya rasa tidak selesa kerana saya sudah tua, atau memang ada sesuatu yang tak kena.

Saya tidak berkenan dengan peranan yang dimainkan oleh sesetengah ‘experts’ dan ‘investors’ di dalam pitch sessions.

Moga kes Elizabeth Holmes ini menjadi pengajaran kepada experts dan investors, agar lebih merendah diri dan mendengar dengan lebih cermat sebelum ‘meminjamkan’ reputasi mereka kepada projek-projek yang menang.

Dan syabas juga kepada anak muda seperti Tyler Shultz atas keberanian dan kebijaksanaannya menjadi whistleblower penting di sebalik jatuhnya empayar palsu Theranos ini.

Ikuti Podcast saya yang memperincikan hal ini 

Jan 07, 202216:56
Diskusi Buku The Collapse of Parenting oleh Leonard Sax

Diskusi Buku The Collapse of Parenting oleh Leonard Sax

Diskusi buku 'The Collapse of Parenting" oleh Dr. Leonard Sax. Sekolah menanggung bebanan yang lebih besar apabila anak-anak yang datang ke sekolah tidak menerima proses pembentukan budaya baik yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu bapa. 'The culture of respect' tidak terhasil, menatijahkan dominasi 'the culture of disrespect'.
Jan 07, 202206:02
Cara Ibubapa Sokong Pdpr Anak

Cara Ibubapa Sokong Pdpr Anak

Apakah yang boleh ibubapa lakukan untuk menyokong pembelajaran anak semasa PdPr?  Banyak yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan memberi sokongan emosi.  Sokongan emosi bukan satu privilege, yakni beruntung pelajar yang dapat, tidak rugi apa-apa mereka yang tidak menerimanya. Emosi adalah ‘enabler’, yakni faktor yang mempengaruhi terjadi atau tidaknya pembelajaran. Ia berkaitan dengan motivasi mereka, kecekalan untuk terus belajar dan sebagainya.   Sokongan emosi bukan hanya dibuktikan kepentingannya oleh sains pembelajaran moden. Tetapi ia juga adalah sesuatu yang telah kita teladani daripada Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam.  Apabila baginda dapati anak-anak muridnya (Malik bin al-Huwairith r.a dan sekumpulan anak muda) rindukan keluarga, baginda memberhentikan pengajaran, bertanya mengenai hal tersebut dan apabila mereka kongsi, baginda tidak sekadar, “oklah, moga baik-baik semuanya. Jom teruskan pembelajaran!” Sebaliknya, baginda mengambil kira faktor itu dan mengubah ‘setting’ pembelajaran dengan memindahkannya ke rumah murid-murid. Baginda berikan beberapa panduan untuk pembelajaran itu diteruskan dan dijayakan di rumah, di luar ‘bilik darjah’ baginda.  Bertanya khabarlah tentang kondisi emosi anak-anak semasa PdPr. Ia anugerah besar untuk mereka.  Jangan menangkan silibus, peperiksaan, apa kata cikgu, apa sekolah cakap, kerana semua itu boleh menunggu. Kita hantar anak bersekolah supaya anak-anak berjaya, bukan supaya sekolah berjaya. Kejayaan sekolah ialah apabila murid-murid berjaya belajar, iaitu sesuatu yang sangat individu, kerana ia hak individu.

Jan 05, 202201:45
Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan

Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan

Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan kerosakan nyawa, akal dan survival hidup. Tahsiniyyat pula adalah elemen keselesaan yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik. Semasa kita rasa tidak selesa membaca buku digital, sayangkan pengalaman mencium buku dan menyelak lembaran, membuat catatan dan menjaga upaya mata, serta keperluan kepada isi kandungan sesebuah buku, manakah satu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat? Mungkin dengan penjelasan ini, keazaman untuk mengutamakan yang utama, boleh ditingkatkan
Jan 02, 202205:20
2022: Tahun Berhijrah ke Ebook Ok Tak?

2022: Tahun Berhijrah ke Ebook Ok Tak?

Semasa banjir melanda tanahair di penghujung 2021, salah satu pemandangan yang menyedihkan adalah melihat jutaan buku ditenggelamkan oleh air. Bumi ini tidak nampak macam akan pulih dalam jangkla masa terdekat ini. Mungkinkah 2022 ini kita boleh mempertimbangkan kebarangkalian berhijrah secara berperingkat kepada buku elektronik seperti Kindle, Google Play Book dan sebagainya? Saya kongsikan di sini juga beberapa strategi semasa membaca buku digital.
Jan 01, 202207:12
Terima Kasih Sahabat Podcast dan Selamat Tahun Baru 2022

Terima Kasih Sahabat Podcast dan Selamat Tahun Baru 2022

Selalunya podcast saya hanya audio yang diambil daripada video di Youtube. Saya kurang mendedikasikan audio khusus untuk Podcast ini, dan kurang menyapa anda. Terima kasih kepada semua yang setia mengikuti perkongsian saya di sini. Moga tahun 2022 ini saya dapat lebih produktif menyediakan kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk anda.
Jan 01, 202205:23
Kisah Nabi Musa (Surah al-Kahf) dan Iktibar Iqra' Dalam Pendidikan Generasi Yang Hilang

Kisah Nabi Musa (Surah al-Kahf) dan Iktibar Iqra' Dalam Pendidikan Generasi Yang Hilang

Pendidikan generasi kini semakin hilang nilainya malah lebih parah dengan kehadiran pandemik. Adakah harapan dalam mendepani masalah ini? Bagaimana kisah Nabi Musa dalam Al-Quran menjadi panduan dan solusi?  Apakah iktibar surah al-'Alaq pada menyemak kembali tujuan dan matlamat pendidikan kita yang sebenar? Kupasannya bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dengar rakaman ini, anjuran Wacana Al-Quran.

Dec 25, 202101:02:25
Banjir 2021 di Malaysia dan Muhasabah Perubahan Iklim Dunia

Banjir 2021 di Malaysia dan Muhasabah Perubahan Iklim Dunia

Banjir musim tengkujuh 2021 kali ini luar biasa.

Alam ini, tidak bekerja secara rawak tanpa sistem. Ia mengikut hukum alam dan hukum alam itu Allah letakkan ia pada neraca keseimbangan:  Di dalam surah al-Rahman, Allah menyebut:  وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ  Dan demi langit yang ditegakkan ia, dan diletakkan al-Mizan (pengimbang).  أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ  Agar dengan mengetahui hal itu kalian tidak bersikap melampau pada mengekalkan keseimbangan.

Bagaimana kita meninjau hikmah di sebalik apa yang terjadi?

Dec 20, 202116:12
Apa Punca Jurang Antara Tahu Yang Lain Buat Yang Lain?

Apa Punca Jurang Antara Tahu Yang Lain Buat Yang Lain?

Allah rezekikan kita belajar macam-macam benda. Namun kita akur, banyak belajar belum tentu amalan jadi lebih baik. Ada jurang antara apa yang kita tahu, dengan apa yang kita buat. Jika kita hanya berminat dengan ilmu demi ilmu, dan tidak mahu meneroka jurang, lama-lama ilmu pun jadi hiburan dan lagha. Suka pergi kursus, suka dengar ceramah, suka pergi kuliah, suka baca buku, tetapi manfaat daripada apa yang dipelajari tidak terhasil.  Sebab itu Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam berdoa memohon perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali juga ada menyenaraikan ilmu-ilmu yang boleh jadi tercela, bukan kerana ilmu itu sendiri, tetapi kerana kesannya dalam bentuk perbuatan kita.  Jadi, sebelum mengikuti ceramah seterusnya, kenal pasti jurang masing-masing. Fikirkan apa perancangan kita untuk menangani jurang berkenaan.

Dec 09, 202109:43
Being a Muslim and Youth Today is Tough

Being a Muslim and Youth Today is Tough

Recently, Jeremy contacted me and asked 5 questions. I think those questions are important and my response might be useful for him and you. So here I share my thought on the questions Jeremy asked. May Allah guide and protect us all, amin.

What are the visible struggle or problem that ustaz think the Muslim youth in this century face? Based on that problem, what do ustaz think is the best approach in handling it - how can the youth overcome it? What can Muslim youth do with each other to develop and become better khalifah on earth? If a Muslim youth is struggling with istiqomah, what are the things need to get straight first and how can they maintain the motivation to do istiqomah? If a Muslim youth was once pious and a practicing Muslim, but down the road they went astray, what advice can we give them to reroute themselves into the straight path?
Dec 09, 202114:19
Teguran al-Ghazali Kepada Guru Yang Kutuk Subjek & Bidang Guru Lain

Teguran al-Ghazali Kepada Guru Yang Kutuk Subjek & Bidang Guru Lain

Apa barang belajar pasal wudu’ kentut tak kentut ni? Tak intelek langsung.  Pernahkah anda mendengar kenyataan sebegini?  Hujjatul Islam, Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah, pernah memberi teguran dan nasihat khusus kepada guru di dalam bukunya Ihya’ Ulum a-Din mengenai hal ini. Di dalam Kitab Ilmu, beliau menyampaikan 8 pesanan kepada guru, dan nasihat kelima yang beliau sampaikan berbunyi begini: 

 ‎أن المتكفل ببعض العلوم ينبغي أن لا يقبح في نفس المتعلم العلوم التي وراءه  

Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk mengajar ilmu-ilmu tertentu, tidak harus baginya menanam kehinaan di dalam diri anak muridnya terhadap ilmu-ilmu lain yang tidak diajarnya.

Dec 09, 202111:11
Akhlak: Ajar Yang Tak Menjadi

Akhlak: Ajar Yang Tak Menjadi

Di dalam sains pembelajaran, mendidik anak murid supaya tidak loyar buruk, mencarut dan lain-lain isu yang lazimnya disebut sebagai ADAB atau AKHLAK, ia duduk di dalam bidang PENDIDIKAN KARAKTER (character education).   Antara penjelasan mudah mengenai character education ini ialah, ia mempunyai 3 komponen sebagaimana yang dirangka oleh The Jubilee Centre for Character and Virtues (2017: 9).

CAUGHT (tangkap) SOUGHT (dapat) TAUGHT (terajar)
Dec 09, 202104:31
Teguran Ibn al-Jawzi Terhadap Kebodohan Sesetengah Guru

Teguran Ibn al-Jawzi Terhadap Kebodohan Sesetengah Guru

Buku Akhbār al-Hamqā wa al-Mughaffalīn (Perihal Golongan Dungu dan Akal Singkat) ini dikarang oleh Ibn al-Jawzi (508-597H) pada membahaskan tentang masalah kebodohan yang meracuni umat Islam.  Beliau memperuntukkan satu bab khas iaitu bab ke-21 mengenai kebodohan yang menimpa para guru.  Menurut Ibn al-Jawzi, apa yang menyebabkan guru-guru menjadi bodoh dan akal singkat adalah kesan ‘semulajadi’ pergaulannya dengan kanak-kanak. Atau dalam bahasa mudah saya, bergaul dengan kanak-kanak hingga sudah dewasa pun fikir dan perangai jadi macam budak-budak.

Dec 09, 202104:34
Wahabikah Aku?

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil.

Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa.

Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya.

Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta dan bermaksud melemparkan tuduhan sesat atau fasiq, atau kafir ke atas sesama umat Islam, maka amat besarlah ancamannya di sisi Allah dan Rasul yang kita kasihi, sallallāh ‘alayhi wa sallam.

Pesan Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam:

‎لا يرمي رجلٌ رجلاً بالفسوق، ولا يرميه بالكفر، إلا ارتدت عليه، إن لم يكن صاحبه كذلك

Barang siapa menuduh fasik atau kafir terhadap seseorang lain adalah dia sendiri yang akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhan itu tidak benar. (Riwayat al-Bukhari).

Nov 22, 202108:14
Menjadi Bapa Dengan Merujuk Hanya Kepada Pengalaman Diri Sebagai Anak

Menjadi Bapa Dengan Merujuk Hanya Kepada Pengalaman Diri Sebagai Anak

Antara kesilapan yang berlaku dalam melaksanakan peranan kita sebagai bapa adalah dengan merujuk hanya kepada pengalaman diri sendiri sebagai anak.  Kasih sayang kita dan penghargaan tertinggi untuk ayah dan ibu, tidak bermaksud semua yang mereka lakukan suatu ketika dahulu adalah betul dan perlu diteruskan. Baik, jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. Rujukan kita semasa memperbaiki kebapaan bukanlah kepada ‘Barat’ tetapi menyantuni anak adalah dengan meneladani para Rasul ‘alayhim al-Salam.  Petikan Webinar “Cukupkah Sekadar Menjadi ‘Ayah’?” Anjuran Asatizah Selangor (ANAS) pada 24 Julai 2021.

Oct 24, 202108:08
Tidak Beradabkah Murid Jika Menegur Salah Laku Guru?

Tidak Beradabkah Murid Jika Menegur Salah Laku Guru?

Bagaimana kita imbangkan antara mendidik soal adab dengan melunaskan tanggungjawab apabila guru atau pihak sekolah terbabit dalam salah laku dan ia diketahui oleh murid?

Oct 16, 202109:51
Bimbang Memikirkan Tanahairku

Bimbang Memikirkan Tanahairku

Luahan hati perantau tentang nasib tanah tumpah darahnya di era pandemik semasa.
Jul 13, 202110:06
Satu Sekolah Untuk Semua: Sudah Tiba Masanya